Salam hormat dan salam sejahtera Di dalam perkataan @ nama untuk Negeri Johor mempunyai maksud dan nama yang banyak, seperti Johor Bharu, Johor Baharu dan Johor Baru. Yang mana satukah istilah perkataan dan nama bagi Negeri Johor yang betul untuk di tulis di dalam papan tanda jalan di jalan raya. Sekian,terima kasih Ariff Badlishah USJ Subang Jaya Selangor Darul Ehsan | Nama tempat adalah seperti yang telah diwartakan dan didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan tempat yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 tidak tertakluk pada panduan dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Contohnya, ejaan Johor Bahru, Kota Bharu dan Kampung Baru. Walaupun sebutannya sama tetapi bentuk ejaan mengikut nama yang telah diwartakan. | Ejaan | 15.11.2011 |
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2020 |
soalan pertama: sejak dahulu lagi / sejak dari dahulu lagi / dari dahulu lagi / soalan kedua : rumah baru / rumah baharu soalan ketiga: Johor Bahru/ Johor Bharu ribuan terima kasih . | Salam sejahtera, Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Bagi soalan yang pertama jawapan yang betul ialah 'sejak dahulu lagi.' Kamus Dewan menakrifkan baharu sama dengan baru, iaitu belum/tiada sebelumnya. kedua-duanya digunakan dalam menyatakan sesuatu yang baru atau baharu seperti rumah baru atau rumah baharu. Untuk soalan kedua, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat. Jawapan bagi soalan yang ketiaga ialah Johor Bahru. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
Asal nama Dewan Bahasa & Pustaka | Dewan Bahasa dan Pustaka atau nama asalnya, Balai Pustaka yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor. | Lain-lain | 20.06.2007 |
Assalamualaikum dan Salam Sejatera, Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, 2. Untuk makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore 3. Segala kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com | Penyemakan dan penterjemahan | 28.07.2020 |
PERTANYAAN MENGENAI NAMA KHAS/ISTILAH BAGI KAWASAN PERAIRAN DAN LAUT MALAYSIA Untuk makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas/istilah kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore Segala kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2020 |
apakah itu dbp? apakah kepentingan dbp kepada masyarakat? | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.
Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).
Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003. Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah mengunjungi laman web www.dbp.gov.my | Lain-lain | 21.08.2008 |
Chit Watt Ooo...maknanya kalau Johor ia Dewan Bandar Raya Johor Bahru. Oppss..silap. Majlis Bandar Raya Johor Bahru. So salah ke ejaan selama ini? 1994 Itu tahun JB jadi Bandar Raya. Sebelum itu perbandaran | Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama. | Ejaan | 11.08.2014 |
Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. Jawapan a) antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpr , b) di antara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur. | Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Apakah dialek yang paling banyak dipinjam perkataannya sebagai bahasa standard? Adakah dialek Johor? | Dialek Johor-Riau menjadi asas kepada pembentukan bahasa Melayu standard atau baku di Malaysia. Sekiranya tuan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dialek ini, tuan boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 07.10.2014 |