Dari segi realisasi fonetik, adakah "dialek Johor-Riau" yang digunakan pada zaman sekarang ini sama sepenuhnya dengan "dialek Johor-Riau" pada 100 tahun lepas? Jika ada apakah perbezaannya? | Sudah pastilah realisasi fonetik atau sebutan bagi dialek Johor-Riau pada 100 tahun lalu tidak sama sepenuhnya dengan dialek Johor-Riau kini. Perkembangan dan kepesatan perbendaharaan kata sekarang ini menjadi salah satu faktor perbezaannya. Apatah lagi perancangan bahasa standard atau baku bagi tujuan keselarasan ejaan dan sebutan telah dilaksanakan dengan giat oleh organisasi yang berautoriti iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal yang sama berlaku juga di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam, semuanya bergerak pantas. | Lain-lain | 10.04.2023 |
Adakah perbezaan yang nyata sebutan bahasa baku dengan sebutan Johor Riau dari sudut fonologi? | Puan Zakiah, Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
Salam.. apakah perbezaan yang ketara bagi sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi? | Puan, Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Lain-lain | 08.07.2010 |
Assalamualaikum Wr.Wb. Saya ingin mengetahui mengenai sistem dan cara Sebutan Baku Johor-Riau, seperti yang dituturkan oleh penduduk Melayu di kawasan Nusantara ini. Terima kasih. Wassalam. | Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Ia merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. | Lain-lain | 27.09.2006 |
adakah bahasa basahan/pasar tergolong dalam sebutan johor-riau? | Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing. Manakala bahasa johor riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan saya disebut saya bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye. Oleh itu, bahasa johor riau bukanlah bahasa pasar yang dituturkan dalam situasi tidak rasmi. | Tatabahasa | 11.06.2010 |
Apakah perbezaan dan persamaan di antara sebutan bahasa melayu baku dengan bahasa melayu Johor-Riau ? | Bahasa Melayu baku digunakan dalam situasi formal manakala bahasa Melayu Johor Riau merujuk pada sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Sebutan ini merupakan sebutan asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. | Lain-lain | 22.05.2010 |
salam,betulkah bahasa melayu baku johor riau telah digazetkan sbagai bahasa baku?jika benar,saya mahukan pihak DBP mengesahkannya.terima kasih | Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Tidak ada peristiwa mewartakan bahasa Melayu dialek Johor-Riau sebagai bahasa Melayu baku. Sebaliknya apa yang berlaku ialah Bahasa Melayu dialek Johor-Riau menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard atau baku di Malaysia. | Lain-lain | 31.03.2011 |
Apakah perbezaan diantara bahasa baku dengan bahasa Johor -Riau apakah kebaikan dan keburukan penggunaan bahasa baku | Sdr. Sumayah Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Manakala bahasa johor riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan saya disebut saya bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
1. Bagaimana sejarah sebutan baku? 2. Apakah sebutan Johor-Riau boleh digunakan dalam situasi resmi? | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Manakala bahasa Johor Riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan saya disebut saya bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye. Lazimnya dalam urusan rasmi penggunaan yang betul perlulah menggunakan bahasa baku | Lain-lain | 11.01.2020 |
Penggunaan perkataan sehari- hari dialek johor- riau- lingga boleh diguna pakai dalam karangan, puisi moden dan sebagainya dalam bahasa melayu? Sebagai contoh, perkataan cakna, sangap dan bareng. Terima kasih. | Tidak semua dialek setempat boleh diterima dalam konteks rasmi kerana dialek tidak difahami oleh semua khalayak. Bagi memilih kata yang sesuai, kami mencadangkan tuan merujuk kamus, kata yang tidak lazim didengar dan dilabelkan sebagai bp (bahasa percakapan) hendaklah dielakkan penggunaannya. | Tatabahasa | 05.10.2014 |