Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.lo.kan]/[jo.lo/.kan] | جولوقن

Definisi : perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tang­gungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jolok
Kata Terbitan : menjolok, jolokan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.'

Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara".

Ejaan31.10.2011
Apakah perbezaan antara nama julukan, nama samaran dan nama timangan? Mereka seolah-olahnya sama sahaja. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, nama julukan bermaksud nama yang diberi sebagai jolokan (ejekan, sindiran). Nama samaran pula ialah nama yang bukan nama yang sebenarnya atau nama untuk menyem­bunyikan nama yang sebenarnya manakala nama timangan pula bermaksud nama yang dipakai untuk menyatakan sayang atau manja atau nama lain daripada nama yang diberikan ketika lahir.



Lain-lain16.10.2021

Kembali ke atas