Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jong.két] | جوڠکيت

Definisi : (jongkét); menjongket, men­jong­ket-jongket, terjongket terangkat ke atas hujungnya (ekor dll): anjing itu bertambah garang, ~ ekornya; menjongketkan menjadikan terjongket. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jong.két] | جوڠکيت

Definisi : /jongkét/; menjongket, terjongket terangkat ke atas sedikit hujungnya (ekor binatang, buntut kereta dll). menjongketkan menjadikan terjongket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jongket


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penjodoh bilangan untuk jongkang-jongkit apa?Jongkang-jongket ialah sejenis permainan kanak-kanak (terdiri drpd papan panjang bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik).Penjodoh bilangan bagi jongkang-jongket ialah sebuah.Tatabahasa16.08.2007
Terima kasih atas bantuan DBP. Saya ada soalan lagi. Ejaan bagi perkataan di bawah betul atau salah; 'Jongkang-jongket' atau 'jungkang-jungket' ?

Saudara,

Ejaan yang betul ialah jongkang-jongket

Ejaan29.03.2010
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013

Kembali ke atas