Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah padanan bagi 'joss paper' dalam bahasa Melayu. 'Joss paper' ini digunakan semasa perayaan hantu dalam masyarakat Cina. Saya cuba mencari padanan kata bagi perkataan ini dalam pangkalan data PRPM tetapi tidak menjumpainya. Oleh itu, saya ingin tuan/puan mencadangkan padanan bagi perkataan ini. Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Josh Paper" dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Lain-lain | 22.08.2018 |
Saya ingin cadangkan istilah colok dimasukkan sebagai sebahagian daripada terjemahan incense. Saya melihat dalam PRPM, terjemahan yang ada untuk incense adalah kemenyan, dupa dan setanggi. | Saya telah merujuk Kamus Melayu-Inggeris Dewan (DBP, 2012), tiada padanan incense bagi colok. Jika colok yang dimaksudkan itu ialah 'bilah yg disalut dgn campuran habuk kayu, tanah liat dll, yg dibakar ketika menyembah tokong, utk memuja dll, biasanya digunakan oleh orang Cina', maka padanan yang diberikan ialah joss-stick. Walau bagaimanapun, pihak kami akan memberikan perhatian terhadap cadangan ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2023 |