| Please advise BM translation for Pure Joy Pure Love 1. Keriangan Kasih Sejati 2. Keceriaan Kasih Sejati 3. Keriangan Murni, Kasih Sejati 4. Keriangan Sejati Yang mana satu lebih baik. Terima Kasih. | Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk frasa pure joy, pure love ialah "kebahagiaan abadi, kasih sejati". | Makna | 02.11.2023 |
| Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini? | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan itu. Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 09.02.2010 |
| saya mengahadapi masalah menterjemahkan perkataan "playful" sebagai katasifat dalam contoh ayat berikut: "The playful lines he used bring joy into the painting." Harap dapat dibantu. Terima kasih. | “Playful lines” dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud penggunaan pelbagai jenis alat lukisan dalam pelbagai warna. | Makna | 11.02.2021 |