Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ju


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penceraian suku kata bagi perkataan "menjual" adakah (men-ju-al) atau (men-jual)? terima kasih.Ceraian suku kata bagi  menjual ialah men-ju-al.Tatabahasa03.10.2017
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi KEJURUTERAAN BESI[ke.ju.ru.te.ra.an] | کجوروتراءن
[be.si] | بسي
Ejaan16.12.2019
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapa perkataan ma -sya-ra-kat dieja مشاركت begini. Mengapa tidak dieja مشاراكت sedangkan dalam perkataan pe-ra-ju-rit (فراجوريت) kedudukan huruf alif tidak digugukan selepas huruf ro. Begitu juga perkataan ke-ra-na (كران) masih wujud huruf alif selepas ro. Maka saya ingin persoalkan mengapa hukum sebegini tidak digunakan dalam perkataan masyarakat? Adakah ini digelar sebgai satu kelaziman bagi perkataan masyarakat ? Semoga persoalan saya mendapat pencerahan yang sewajarnya. Terima kasih.Berdasarkan semakan kami terhadap panduan ejaan Jawi tidak menemukan rumus yang berkaitan dengan soalan puan. Isunya dalam ejaan masyarakat adalah pada suku kata kedua akhir ra.kat (ma.sya.ra.kat), bukan pada huruf اselepas ر. Kami akan merujuk pihak yang lebih arif dan jika ada maklumat terbaharu akan kami e-melkan terus kepada puan.Ejaan06.03.2017
Berapa suku kata bagi "JUADAH" dan "JUA"?Salam sejahtera,

1.Suku kata bagi JUADAH ialah JUA-DAH.
Manakalah JUA ilalah JU

Sekian, terima kasih.
Ejaan21.05.2020
Salam sejahtera! Manakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di bawah? ___________ gajah liar telah memusnahkan kebun tebu di kampung. A) segerombolan B) sekawan merujuk kepada JU BM, jawapannya segerombolan. sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah sekawan. (Sekawan gajah liar telah memusnahkan kebun tebu di kampung.)Tatabahasa14.08.2012
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013

Kembali ke atas