Berapa suku kata bagi "JUADAH" dan "JUA"? | Salam sejahtera, 1.Suku kata bagi JUADAH ialah JUA-DAH. Manakalah JUA ilalah JU Sekian, terima kasih. | Ejaan | 21.05.2020 |
Ayat manakah yang betul? 1. Zaiton hidang pelbagai jenis juadah di atas meja. 2. Zaiton menghidang pelbagai jenis juadah di atas meja. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. Menurut Kamus Pelajar, perkataan hidang sama dengan menghidangkan iaitu menyediakan (makanan atau minuman di meja dan lain-lain); menyajikan. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
para tetamu dihidangi Puan Salmah dengan pelbagai juadah yang membuka selera. (dihidangi adakah salah digunakan dalam ayat ini?) | Ayat yang betul ialah Para tetamu dihidangi pelbagai juadah yang membuka selera oleh Puan Salmah. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Maaf, saya ingin bertanya betulkah jika saya bina ayat seperti ini. Nenek kepada Pooja selalu menghidangkan pelbagai juadah kepada kamu. Adakah betul penggunaan ayat saya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Nenek Pooja selalu menghidangkan pelbagai juadah untuk kamu. | Tatabahasa | 28.05.2020 |
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 2. Pemboleh-pemboleh ubah 3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan 4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7. Bahan toksik 8. Meramalkan taufan | Tatabahasa | 24.11.2011 |
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan bagi mengantikan perkataan 'VVIP','VIP', dan 'Portluck?. Selain itu, apakah perbezaan ketara antara 'VVIP' dengan 'VIP'.? | 1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan. 2. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vip dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vvip . | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2017 |
Saya ingin bertanya samada istilah FROM FARM TO FORK boleh ditulis sebagai dari SUMBER BAHAN MENTAH SEHINGGA KE TANGAN PENGGUNA. Sekian, terima kasih | Kami mencadangkan teks "From farm to fork" diberikan padanan "Daripada bahan mentah kepada juadah". | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2019 |
Pihak kami adalah didalam proses untuk permohonana lesen premis makanan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Salah satu keperluan adalah meminta kebenaran dan kelulusan dari DBP mengenai penggunaan perkataan "BAR CAFE " untuk papan iklan perniagaan dan dan juga nama perniagaan. BAR CAFE ialah sebuah cafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian kerja. Dihidangkan juadah kek dan pasrty, teh, ayam"pansoh", panggang dan perlbagai minuman lain . Kebenaran dan kelulusan penggunaan nama " BAR CAFE" tersebut amatlah dihargai. | Terima kasih atas soalan saudara. Perkataan yang sepatutnya ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56" | Lain-lain | 11.11.2008 |
1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan. 3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya. | Tatabahasa | 14.07.2012 |
(1) Salam tuan...sering kali kita mendengar orang menggunakan perkataan 'potluck' untuk makan beramai-ramai.Apa istilah bahasa Melayu yang paling tepat untuk menggantikan perkataan ini? Begitu juga perkataan 'check point' untuk acara merentas desa. (2) Kebiasaan saya dapati orang menulis b. untuk bin dan bt. untuk binti.Adakah cara penulisan tersebut betul?Harap dapat membantu.T.kasih tuan. | 1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan. 2. Istilah untuk "check point" ialah tempat pemeriksaan. 3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt. | Istilah | 28.04.2012 |