Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[juang] | جواڠ

Definisi : ; semangat ~ semangat utk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dsb): se­mangat ~ yg tinggi dapat membantu meng­atasi halangan itu; berjuang 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, ber­lawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menen­tangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan kudanya; menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang, mana tebing akan run­tuh, atau kubu akan dijuang; memperjuangkan hendak memperoleh se­suatu dgn berjuang: mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi; perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu; seperjuangan sama-sama berjuang: ka­wan ~; pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kebebasan orang yg berjuang utk mem­bebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[juang] | جواڠ

Definisi : ; berjuang 1 berlaga antara satu dgn yg lain (bkn binatang); berlanggaran; berlawan. 2 beradu tenaga (utk merebut sesuatu, mencapai sesuatu dsb); berperang; berusaha: Mereka ~ mati-matian utk mempertahankan negara. memperjuangkan menjadikan sesuatu sbg tujuan berjuang: Pergerakan pertiwi sedang ~ hak-hak wanita. perjuangan perbuatan atau hal berjuang; perlawanan: ~ antara Hang Tuah dgn Hang jebat berakhir dgn kematian Hang Jebat. pejuang orang yg berjuang: ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Beberapa unit bangunan baharu akan membina sebagai pusat rekreasi untuk orang ramai berkelah 2.Kebanyakan individu yang berjaya kepunyaan sejarah hidup yang penuh cabaran dan mereka tidak pernahmenyerah kalah selain memiliki semangat juang yang kekal. 3.Kawasan tanjung berpasir putih itu berpotensi untuk bermaju sebagai kawasan pelancongan dan riadah 4.Raja kecil mengarahkan supaya jenazah ayahandanya dikebumikan di makam diraja 5.Ibu membeli tiga tangkal rambutan daripada kedai Pak Usin 6.Pada masa ini,anak-anak remaja tidak mengisahkan teguran dan lendapat orang tua terutamanya dalam aspek keagamaan Tuan,Saya nak tanya apakah kesalahan imbuhan di atas?1. Rujuk perkataan membina. Imbuhan yang betul ialah dibina.
2. Rujuk perkataan kepunyaan. Imbuhan yang betul ialah mempunyai.
3. Rujuk perkataan bermaju. Imbuhan yang betul ialah dimajukan.
5. Rujuk perkataan daripada. Perkataan yang betul ialah dari. Sila betulkan juga ejaan tangkal kepada tangkai.
6. Rujuk perkataan mengisahkan. Perkataan yang betul ialah mengendahkan. Sila betulkan juga ejaan lendapat kepada pendapat.
Tatabahasa10.01.2021

Kembali ke atas