Muncul juara (johan) atau muncul sebagai juara; dilantik pengerusi atau dilantik sebagai pengerusi? Mohon penjelasan. | Ayat yang betul ialah 'muncul sebagai juara' dan 'dilantik sebagai pengerusi'. | Tatabahasa | 26.05.2007 |
Salam sejahtera. Yang manakah betul? ( 1) menjadi johan 2) mendapat johan (3) menjadi juara (4) mendapat juara | Frasa yang gramatis ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">menjadi johani> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal">menjadi juarai>; atau <i style="mso-bidi-font-style: normal">mendapat tempat pertama. i> | Tatabahasa | 25.08.2014 |
memupuk juara | membentuk juara | Tatabahasa | 09.04.2007 |
Anuar menceritakan tentang pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato.Mohon pembetulan | Anuar menceritakan pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato. | Tatabahasa | 06.06.2015 |
Saya ingin mencari buku sastera lama...sekitar 70an dan tidak ingat penulisnya serta terbitannya....Tajuk Buku itu ialah "Juara Yang Tewas" | Salam. Buku Juara yang Tewas, terbitan DBP, 1985 adalah karya Aripin Said. Sdr. boleh membuat rujukan kepada buku tersebut dengan datang sendiri ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau di mana-mana perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 06.08.2009 |
Pasukan bola sepak Piala Tiger itu menjadi juara kerana kemahiran penjaga golnya mengawal pintu gol daripada dibolasi pihak lawan. Apakah kesalahan ayat di atas? jawapannya "kemahiran" tetapi saya tidak faham mengapa "kemahiran penjaga gol" tidak boleh digunakan dalam ayat ini. | Kecekapan penjaga gol lebih tepat digunakan dalam dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Kegelapan kulit Sarimah tidak menghalangnya dipilih sebagai juara Ratu Kebaya 2010. apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kegelapan? | Saudara, Perkataan yang sesuai ialah kehitaman. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Adakah penggunaan huruf besar dalam ayat dibawah ini betul? Juara Dunia,Micheal Scumacher memastikan Pasukan Ferrari... | betul. | Tatabahasa | 14.10.2009 |
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan untuk produk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA" | Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi" | Tatabahasa | 13.11.2007 |
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan atau "tagline" untuk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA" | Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi" | Tatabahasa | 13.11.2007 |