Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lu.kan] | جولوکن

Definisi : = nama ~ nama yg diberi sbg ejekan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lu.kan] | جولوکن

Definisi : , = nama ~ nama lain drpd nama yg sebenarnya; nama gelaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata julukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara nama julukan, nama samaran dan nama timangan? Mereka seolah-olahnya sama sahaja. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, nama julukan bermaksud nama yang diberi sebagai jolokan (ejekan, sindiran). Nama samaran pula ialah nama yang bukan nama yang sebenarnya atau nama untuk menyem­bunyikan nama yang sebenarnya manakala nama timangan pula bermaksud nama yang dipakai untuk menyatakan sayang atau manja atau nama lain daripada nama yang diberikan ketika lahir.



Lain-lain16.10.2021
Bagaimana menulis gelaran yang dibuat orang. Contohnya: 1. Mukanya seperti mamak menyebabkan orang menggelarnya "Ali Mamak." Betulkah begitu?Gelaran atau nama julukan yang diberikan mengikut sifat seseorang ditulis dengan huruf besar. Tanda petik tidak perlu digunakan untuk gelaran ini. (Mukanya seperti mamak menyebabkan orang menggelarnya Ali Mamak.)Ejaan05.10.2011

Kembali ke atas