penjodoh bilangan untuk cermin mata | Penjodoh bilangan untuk cermin mata ialah sepasang jika jumlahnya satu. Jika jumlahnya lebih bdaripada satu, perkataan 'pasang' hendaklah didahului dengan jumlah cermin mata. Contoh : tiga pasang atau lima pasang. | Lain-lain | 28.04.2010 |
Boleh saya tahu bagaimana untuk membezakan penggunaan 'berbanding' dan 'dibandingkan'? Adakah di bahagian belakang 'dibandingkan' perlu ada perkataan dengan? Contoh: Jumlahnya seganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama / Jumlahnya seganda lebih tinggi dibandingkan dengan tempoh yang sama. Bolehkah pihak DBP berikan pencerahan? Terima kasih. | Sama ada "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan". | Tatabahasa | 16.09.2019 |
Datuk leka bercerita tentang kerengga yang berbisa dan jumlahnya. Adakah betul penggunaan leka di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan, terima kasih. | Leka membawa maksud asyik dengan sesuatu; melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. Oleh itu, penggunaan leka dalam ayat tersebut betul. | Makna | 19.05.2020 |
APA BEZAAN RAMAI DENGAN BANYAK | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 22.06.2015 |
Perbezaan perkataan banyak dengan ramai | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
ramai penonton atau banyak penonton? TQ | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Ramai penonton meyaksikan perlawanan bola di Stadium Bukit Jalil pada hari semalam" adalah betul. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa. | Lain-lain | 13.07.2010 |
Sering digunakan kata ganda bagi gunung ialah gunung-ganang. Bagaimana pula dengan gunung-gemunung (imbuhan sisipan) atau gunung-gunung? Adakah ia boleh diterima? | Gunung-gemunung boleh digunakan kerana ia membawa maksud banjaran gunung atau gunung yang banyak jumlahnya atau pelbagai. | Istilah | 26.06.2015 |
Salam sejahtera, Macam mana untuk membezakan penggunaan "ramai" ddengan "banyak"? Penggunaan yang betul ialah "ramai orang" atau "banyak orang"? Apakah hukumnya? Sekian, terima kasih. | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Frasa ramai orang dan banyak orang kedua-duanya adalah betul dan penggunaannya disesuaikan mengikut konteks ayat. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 23.01.2011 |
Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja. | Tatabahasa | 12.12.2012 |