selamat sejahtera. 1. Pameran itu bermula dari 12 Jun 2018 hingga 15 Jun 2018. 1a. Pameran itu bermula pada 12 Jun 2018 hingga 15 Jun 2018. Adakah ayat 1 itu ayat yang betul? kalau kedua-dua ayat itu salah, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan. terima kasih | Salam sejahtera, Kedua-dua ayat tersebut betul dari segi tatabahasa kerana perkataan "dari" dan "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 03.11.2018 |
Saya igin mendapatkan penjelasan mengenai cara menulis tarikh sama ada "8 Jun 2011" atau "8 Jun, 2011" | Ejaan yang betul ialah "8 Jun 2011". | Ejaan | 08.06.2011 |
1. Standard penulisan tarikh dalam BM/surat menyurat : Cth : 23 Jun atau 23hb Jun?? 2. Untuk menulis sesuatu tajuk, ejaan perkataan spt cth : dalam, dan, serta, bagi, untuk, atau - perlu atau tidak awalan huruf besar cth : Mesyuarat Pembangunan Modul Projek Sarjana dan Pemurniaan Manual Kerja Projek Sarjana serta Penilaian Proposal Projek sarjana bagi Semester 1 09/10 3. Ejaan Maklum balas/Maklumbalas 4. ayat betul : makan di atas meja atau makan di meja? Terima kasih. | Cara penulisan tarikh ialah 23 Jun 2009, tetapi penulisan yang baku ialah 23hb. Jun 2009. Cara yang kedua ini lebih kepada dokumen undang-undang. Ejaan kata bantu dalam frasa ditulis huruf kecil seperti dan, dalam,dan sebangainya. Ejaan yang betul ialah maklum balas. Ayat yang gramatis ialah makan di meja. | Lain-lain | 15.06.2009 |
Abdul Hakam JUN 24TH, 3:02PM Assalammualikum. Boleh saya dapatkan emel editor Majalah Dewan Tamadun Islam? | Sila hubungi Ketua Editor Encik Azmi Ibrahim melalui e-mel azmi@dbp.gov.my atau Timbalan Ketua Editor Encik Mohd Salahuddin Muhamad melalui e-mel al-fatih@dbp.gov.my | Lain-lain | 24.06.2016 |
Herman Paiman JUN 30TH, 1:40AM Ingin tahu dimana Boleh saya dapatkan buku 'Kisah Tiga Negara' terbitan DBP?? | Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia | Lain-lain | 30.06.2016 |
Syed Amrun Jun 24th, 7:58am nak tanya jawatan pelaksana tugasnya macamne | Mohon jasa baik tuan dapatkan maklumat melalui http://prpm.dbp.gov.my untuk memahaminya dengan lebih lanjut. Dapatan kami ialah orang (badan dsb) yg melaksanakan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. Terima kasih. | Lain-lain | 24.06.2015 |
Khasimee Mohd Jun 20th, 2:15am Assalamualaikum, telah beberapa hari e-penyelidikan iaitu pengkalan data korpus DBP gagal berfungsi dan menimbulkan kesulitan kepada pelajar dan penyelidik. Diharap pihak DBP dapat menyelesaikan masalah ini. Tindakan segera pihak tuan didahului dgn ucapan terima kasih. | Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. DBP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik melalui pelbagai medium demi keperluan pengguna. | Lain-lain | 20.06.2015 |
Zalina Taib Jun 10th, 7:20pm atlit atau atlet | Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete. | Ejaan | 10.06.2015 |
Shafini Latif Jun 13th, 7:16pm Assalamualaikum, mohon pencerahan daripada pihak tuan, baru2 ini saya telah ditegur kerana menggunakan perkataan 'Jakun' dianggap tidak menjaga sensitiviti, kononnya jakun hanya khusus untuk orang asli tidak lagi boleh dipakai untuk membawa maksud lain. saya tidak tahu ada perubahan begitu. kerana padakali terakhir saya menyemak kamus Jakun membawa 3 maksud termasuk 'sangat mudah kehairanan apabila ternampak sesuatu yang baru kerana belum pernah melihatnya dahulu'. adakah benar salah jika menggunakan perkataan jakun bagi membawa maksud lain? ada akta ke? | Ini data korpus berkaitan kosa kata jakun. Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Edisi Kedua Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Dewan Edisi Keempat jakun I perkataan Minangkabau yang bermaksud halkum - Kamus Dewan Edisi Keempat Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Selain itu, berdasarkan sumber rujukan kami hanya dua maksud yang tersebut membawa maksud jakun, berkemungkinan terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain lagi. Perkataan yang sesuai ialah kolot. Kolot (adjektif) yang bersinonim dengan kuno: mundur, terkebelakang, primitif, konservatif, ortodoks, tidak maju, cara lama, cara purbakala, dan juga bersinonim dengan jumud: kaku, beku, Antara perkataan lain yang sesuai ialah hairan, iaitu 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, mengagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdirilah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. Untuk maklumat lanjut boleh menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh DBP, iaitu http://prpm.dbp.gov.my | Istilah | 13.06.2015 |
Han Khalief Jun 9th, 3:34pm Assalamualaikum DBP.. Ini betul atau tidak? Berikan penjelasan. Terima kasih. WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.06.2015 |