Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.nior] | جونيور

Definisi : 1. lebih muda, khususnya antara adik-beradik, ibu bapa dgn anak-anak, atau antara rakan-rakan di sekolah; 2. berpangkat (ber­kedudukan) lebih rendah dlm sesebuah orga­nisasi: dlm Bahagian Perkamusan, dia lebih ~ drpd Azizah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata junior


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk Junior Engineer dalam bahasa melayu?Cadangan terjemahan bagi perkataan "Junior Engineer" ialah Jurutera Rendah, Jurutera Muda, Penolong Jurutera atau Pembantu Jurutera.Penyemakan dan penterjemahan24.03.2022
Maaf bertanya, apakah terjemahan "Junior Executive" dalam bahasa melayu? terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "junior executive" ialah eksekutif muda.Makna27.06.2022
Assalamualaikum 1. Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama lebih tinggi tahap efikasi berbanding guru yang lebih junior. Adakah frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai dengan digantikan dengan kata senior? Kenapa? 2. Guru yang memiliki efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang kepada perubahan tingkah laku positif murid. Adakah kata efikasi pada frasa efikasi mengajar perlu digugurkan? 3. Hiperaktif merupakan kategori masalah penyesuaian tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga enam tahun. Apakah tepat penggunaan kata dilakukan dalam konteks ayat di atas? Adakah kata ditimbulkan atau dicetuskan lebih tepat? Terima kasihWa alaikum salam.

Jawapan bagi soalan 1: Daripada sudut tatabahasa, kedua-dua frasa iaitu "Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama" dan "senior" boleh digunakan dan betul penggunaannya. Walau bagaimanapun, daripada sudut kesopanan dan aspek semantik, frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai digunakan.

Jawapan bagi soalan 2: Kekalkan frasa "efikasi mengajar" dalam ayat tersebut.

Jawapan bagi soalan 3: Penggunaan kata "ditimbulkan" lebih tepat dalam konteks ayat tersebut.

Makna31.05.2017
Apakah padanan yang tepat untuk "middle school" dan "high school"? Bagaimana pula dengan "elementary school" dan "primary school"?Hasil carian melalui Google, didapati bahawa "Middle School" ialah sekolah untuk pelajar berumur 9 hingga 13 tahun di UK, AS dan Kanada. "Middle School" jugak dikenali sebagai "Junior High School". dan cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu ialah sekolah menengah junior dan "High School" juga boleh diterjemah kepada sekolah menengah. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud  "elementary school" dan "primary school" ialah sekolah rendahMakna17.10.2021

Kembali ke atas