| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai sayembara deklamasi sajak. Pada bulan hadapan (Ogos 2024), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan mengadakan pertandingan deklamasi sajak. Boleh saya mendapatkan tiga (3) orang calon juri profesional untuk tujuan penjurian pertandingan tersebut dan apakah tatacara pembayaran token kepada juri-juri tersebut nanti? Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Mohon kerjasama pihak puan untuk menghantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my berkaitan dengan perkara ini. | Lain-lain | 22.07.2024 |
| 1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ayat 1 atau 2 lebih baik? Ada cadangan lain? | 1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi yang lazim digunakan ialah ayat yang kedua. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
| Apakah terjemahan bagi 'jury duty' atau 'jury services' dalam bahasa melayu? | Terjemahan yang dicadangkan untuk "jury duty" dan "jury services" ialah tugas juri dan perkhidmatan juri. | Istilah | 26.09.2014 |
| Aduan berhubung Juri dalam program mentor, TV3. Menggunakan bahasa yang bercampur aduk (BM/BI) yang boleh merosakkan bahasa Melayu terutama kepada golongan anak-anak muda. Beliau minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia buat pemantauan. | Contoh pencemaran bahasa : "Saya fikir this is not good" - Beliau meminta supaya DBP/Kementerian Komunikasi Multimedia mengambil serius tentang perkara ini. | Lain-lain | 22.12.2014 |
| Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ? | Salam sejahtera, Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya: 1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak: Haziah binti Che Husin, Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja 03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my 2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum Norhasmanalinda binti Mustafa, Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran 03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my | Lain-lain | 15.06.2020 |
| apakah terjemahan untuk punchline. Banyak digunakan oleh juri bila memberi komen .Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan punch-line ialah bahagian yang melucukan dan mengikut data kami padanan yang diberikan dalam istilah ialah kata pikat. | Istilah | 21.01.2015 |
| PPD Timur Laut akan mengadakan Program Pemerkasaan Bacaan Murid Tahun 2026 pada 11 Mei hingga 15 Mei 2026 2. Saya ingin bertanya kepada pihak puan, bolehkah pihak IPG menyediakan 3 orang juri Bahasa Melayu bagi program berikut : a. Bicara Buku Sekolah Rendah (BM) - 11 Mei 2026 (Isnin) b. Bicara Buku Sekolah Menengah (BM) - 13 Mei 2026 (Rabu) b. Pengkarya Muda (Bahasa Melayu) - 14 Mei 2026 (Khamis) 3. Sekiranya pihak Tuan bersetuju, saya akan emelkan surat rasmi permohonan kepakaran juri kepada puan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di talian 019-4544933 | Salam puan yang budiman, Terima kasih atas kesudian puan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Maklumat PA: Puan Noorazlina binti Sakri No. Telefon: 03-21479011 E-mel: dina@dbp.gov.my (PA) | Lain-lain | 04.05.2026 |
| Apakah perbezaan Penjurian dan Perjurian dan bagaimanakah contoh pengunaan ayat tersebut. | Perkataan penjurian dan perjurian berasal daripada kata menjuri dan berjuri. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata menjuri tidak wujud, kata berjuri pula dirakam dalam Kamus yang bermaksud "menggunakan khidmat juri". Walau bagaimanapun, kata menjuri atau penjurian boleh dicipta dan membawa maksud proses pemberiaan markah atau keputusan dalam sesuatu perkara. Kata perjurian pula, berdasarkan kata berjuri. Perjurian membawa makna perkara yang berkaitan khidmat juri. | Makna | 04.10.2019 |
| Salam Sejahtera. 1. Apakah terjemahan untuk "lay juror" dalam Bahasa Melayu? 2. Apakah perbezaan antara "kedua-dua negara" dan "kedua negara"? Adakah penggunaan istilah "kedua negara" ini salah? Terima kasih. | 1. Kami mencadangkan lay juror ialah juri awam. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian. 2. Perkataan kedua-dua negara tepat kerana mengikut hukum D (diterangkan) - M (menerangkan) dan kedua-dua di sini membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua. Kedua negara tidak tepat kerana tidak mengikut hukum D - M. Kedua membawa maksud dalam bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga, oleh itu contoh pembentukan yang betul ialah, negara kedua, tempat kedua, dan tahap kedua. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.09.2021 |
| Roselina Abdul Aziz Feb 7th, 10:58pm Assalamualaikum w.b.t... Saya terima maklumat ini berkaitan terma Tengahari, iaitu dr pukul 12.00-1.59 pm. dr whassap. Persoalan saya, maklumat ini sahih atau tidak? Saya sebagai guru Bahasa Inggeris keliru kerana sistem masa ini tidak bertepatan dengan istilah Noon yg merujuk tepat2 pukul 12. Saya mohon penjelasan kerana saya perlu perjelaskan pada pelajar2 saya sistem masa yang digunapakai, terkini di Malaysia. Makluman dan tindakan untuk semua Sistem pemenggalan waktu - Kategori Waktu (Sumber DBP) Sila gunakan..... Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Diharap semua warga Sek yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini. 'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa' Terima kasih. ABDUL RAHMAN JURI Munsyi DBP | Waalaikumusalam.. Puan, maklumat yang disampaikan itu benar. | Ejaan | 07.02.2015 |