Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
jurugambar
jurugambar
[ju.ru.gam.bar] |
جوروݢمبر
Definisi :
orang yg kerjanya mengambil gambar, tukang gambar, jurufoto.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ju.ru.gam.bar] |
جوروݢمبر
Definisi :
orang yg kerjanya mengambil gambar foto.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
jurugambar
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(10)
Kamus Bahasa Inggeris
(11)
Istilah MABBIM
(3)
Istilah Bahasa Melayu
(6)
Kamus Melayu Parsi
(1)
Kamus Thai Melayu Dewan
(1)
Khidmat Nasihat
(4)
Artikel Akhbar
(9)
Artikel Majalah
(2)
Ensiklopedia
(7)
Buku
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "photo opp" yang sering digunakan oleh wartawan/
jurugambar
?
Dalam data kami terjemahan bagi
photo opp (Photo Opportunity)
masih belum ada lagi. Cadangan daripada pihak kami, terjemahan yang sesuai bagi
photo opp (Photo Opportunity)
ialah
peluang bergambar
Makna
13.06.2017
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah "mengambil foto" penggunaan bahasa melayu yang betul and diterima? Contohnya, "
Jurugambar
mengambil foto haiwan di taman negara." dan "Zali mengambil foto buaya di tepi kolam." Penggunaan "mengambil foto" dijumpai di banyak artikel ahkbar, ensiklopedia dan laman web. Akan tetapi sekolah anak menyatakan istilah ini salah dan penggunaan istilah yang betul ialah "mengambil gambar". Minta tolong jelaskan mana yang betul atau kedua-duanya pun betul. Ribuan terima kasih.
Salam sejahtera,
Foto dan gambar mempunyai maksud yang sama.
Oleh itu,
mengambil gambar
dan
mengambil foto
betul penggunaannya.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa
15.10.2018
penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot.
Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir,
jurugambar
, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih.
Lain-lain
01.11.2006
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang
jurugambar
sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Berikut merupakan ayat yang betul:
(1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas.
(2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas.
(3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas.
(4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy.
(6) Seorang
jurugambar
sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera.
(7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah.
(8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
(9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Tatabahasa
29.07.2014
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...