Yang mana betul, JURU RUNDING atau JURURUNDING atau JURU-RUNDING. Yang mana lebih baik, JURURUNDING atau JURUPERUNDING | Sdr. Ngadirah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Ejaan yang betul ialah jururunding. Ejaan ini sama juga bagi jururawat, juruukur dan jurukimpal. terima kasih. | Ejaan | 28.12.2009 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan penggunaan yang tepat untuk jawatan Consultant dalam Bahasa Melayu samada Juru Perunding, Juruperunding, Juru Runding atau Jururunding? Untuk makluman, saya bekerja sebagai Consultant di salah sebuah agensi kerajaan. Saya mempunyai kesulitan untuk menterjemah jawatan berkenaan menggunakan Bahasa Melayu. Terima kasih | Padanan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi "consultant" ialah "jururunding", "perunding" atau "pakar runding". | Istilah | 28.09.2022 |
Dalam ingin dapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan juru dan pe seperti perunding dan jururunding. Yang mana sesuai digunakan untuk merujuk kepada suatu organisasi yang memberi khidmat nasihat kepakaran teknikal. | Perkataan yang digunakan ialah perunding atau pakar runding. | Istilah | 10.04.2008 |