Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih. | Salam sejahtera, Jawapan yang betul ialah 1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali 2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren | Tatabahasa | 08.07.2020 |
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1a) memerah kelapa b) memerah santan 2a) memerah oren b) memerah jus oren 3a) pemerah oren b) pemerah jus oren. Terima kasih. | Jika merujuk perbuatan frasa yang betul ialah memerah kelapa dan memerah oren dan jika merujuk alat frasa yang betul ialah pemerah kelapa dan pemerah oren. Santan dan jus oren ialah hasil daripada perbuatan memerah kelapa dan memerah oren. | Tatabahasa | 05.09.2011 |
Salam sejahtera Encik / Puan, Minta bantuan terangkan penggunaan tanda koma yang betul sebelum "atau" seperti dapat lihat dalam contoh berikut: Ayat yang setara (sama kelompok) 1(a). Ali bertanya Abu hendak minum air kopi, air teh, atau jus oren? atau 1(b). Ali bertanya Abu hendak minum air kopi, air teh atau jus oren? ayat tidak setara (tidak sama kelompok) 2(a). Ibu bertanya kepada adik hendak membeli kereta mainan, patung, atau buku cerita? atau 2(b). Ibu bertanya kepada adik hendak membeli kereta mainan, patung atau buku cerita? Terima kasih kerana memberi penjelasan. | Penggunaan kata hubung "atau" tidak didahului dengan tanda koma, seperti ayat Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Hal ini berbeza dengan penggunaan kata sendi nama "dan" apabila menyenaraikan perkara yang tidak setara boleh didahului tanda koma, seperti Ayah ke kedai membeli majalah, payung, dan kasut. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan | 1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul. 3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran. 4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal? | Tatabahasa | 09.10.2016 |
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih. | "Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya. | Tatabahasa | 27.11.2022 |