justifikasi, profil, kebolehupayaan | justifikasi, profil, kebolehupayaan | Ejaan | 07.06.2011 |
Apakah justifikasi yang digunakan apabila partikel -kah perlu disertakan pada kata tanya yang hadir di hadapan sesuatu ayat untuk membentuk suatu ayat yang gramatis? Contoh : 1. Apakah nama kamu? (betul) 2. * Apa nama kamu? (salah) | Kah ialah partikel utk menyatakan pertanyaan: bolehkah kau menyanyi? Apakah biasanya digunakan untuk menanyakan sesuatu (bukan manusia), contoh: Apakah kereta itu rosak. Oleh itu jika untuk menanyakan sesuatu berkenaan manusia cukup sekadar Apa nama kamu? | Tatabahasa | 11.07.2008 |
Maksud bagi pernyataan bersenarai yang mempunyai perkataan "dan" pada senarai kedua terakhir (rujuk Lampiran Fail) : 1. Adakah semua 10 justifikasi perlu dipatuhi (tiada pengecualian)? atau 1. Adakah salah satu atau lebih justifikasi (daripada 10) sahaja perlu dipatuhi? | Berdasarkan pernyataan pada lampiran, kami berpandangan salah satu atau lebih justifikasi perlu dipatuhi. | Lain-lain | 05.09.2024 |
Manakah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat berikut sama ada kritis atau kritikal? Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritis atau kritikal. | Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritikal. Wacana bahasa Melayu menggunakan perkataan kritikal yang sama maksudnya dengan kritis dalam bahasa Indonesia. | Tatabahasa | 16.11.2015 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah justifikasi bagi penggunaan frasa 'dipukul ribut'? Adakah ayat akan lebih gramatis jika menggunakan 'dilanda ribut/badai' atau 'dipukul ribut' juga dibenarkan? | Untuk makluman, sama ada frasa dipukul ribu atau dilanda ribut/badai, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa makna yang sama. Tidak ada masalah dari sudut gramatis atau sebaliknya. | Lain-lain | 21.02.2017 |
Salam, Saya keliru mengenai peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah justifikasi peribahasa yang membawa maksud 'membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai' ini? Terdapat teori masuk akal yang mengatakan peribahasa tersebut menggunakan perkataan 'batok' dan bukan 'batuk'. Tetapi setelah merujuk DBP, saya dapati peribahasa itu guna perkataan 'batuk'. Bagaimana terbatuk di tangga boleh membawa maksud kerja tertangguh? Mohon pencerahan. Terima kasih! | Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam. | Makna | 14.04.2014 |
Manakah satu yang betul? kata alu-aluan atau kata-kata aluan atau kata aluan? Sila nyatakan apakah justifikasi bagi jawapan tersebut. Terima kasih. | Jawapan yang yang betul ialah kata alu-aluan. | Tatabahasa | 08.09.2011 |
Apa terjemahan John Doe yang merujuk kepada seseorang tidak diketahui maklumat dirinya? | Kekal dengan padanan John Doe atas justifikasi nama khas. | Istilah | 16.08.2022 |
Yang manakah penggunaan yang betul - 1. Perjanjian ini ditandatangani antara A dan B; atau 2. Perjanjian ini ditandatangani antara A dengan B. Apakah justifikasi penggunaan perkataan yang sesuai tersebut. terima kasih | Cadangan penggunaan yang betul ialah "Perjanjian ini ditandatangani antara A dan B". | Tatabahasa | 04.03.2022 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan "keberkesanan". Soalan saya: 1. Apakah kata dasar perkataan tersebut ialah "berkesan"? 2. Jika kata akarnya ialah "berkesan", apakah justifikasi yang digunakan? Mengapa kata "kesan" tidak dianggap sebagai kata akarnya? | Berkesan dan keberkesanan, kata dasar kedua-dua kata tersebut ialah "kesan". | Tatabahasa | 18.07.2008 |