Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. demonstrate that (st) is reasonable, correct, menunjukkan [sst] berasas: his reaction justifies our suspicion that he was involved in the crime, reaksinya menunjukkan rasa curiga kami bahawa dia terlibat dlm jenayah itu berasas; 3. be good reason for, dijadikan /alasan, justifikasi/: nothing can ~ such cruelty, tdk ada apa pun yg dapat dijadikan alasan bagi kekejaman sedemikian; the fact that he annoyed you does not ~ you hitting him, walaupun dia menyakitkan hati kamu, ini tdk dapat dijadikan alasan utk menumbuknya; 4. adjust (text) so that the left-hand and right-hand margins are straight, mengimbangkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. prove or explain that st is right, reasonable, valid, etc, memberikan /justifikasi, alasan yg kuat/ atas: they were taken to task and asked to ~ their action, mereka dimarahi dan diminta memberikan alasan yg kuat bagi tindakan mereka; can you ~ the statement you’ve just made, boleh kamu berikan alasan yg kuat bagi kenyataan yg kamu buat tadi?; ~ os, membela diri sso: I feel I do not need to ~ myself, saya rasa tdk perlu saya membela diri; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata justify


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BAGAIMANAKAH MENULIS BIBLIOGRAFI YANG BETUL BAGI SUMBER BUKU, MAJALAH DAN LAMAN WEB

justify">Saudara/saudari,

justify">1.   Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak perlu dinyatakan dalam penulisan bibliografi.  Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut:

justify">  A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

justify">2.   Kandungan  cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut:

justify">   (a)         Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.).

justify">   (b)         Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

justify">   (c)         Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:)

justify">   (d)        Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

justify">3.     Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, saudara/saudari dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. 

justify">         

Lain-lain23.04.2009
salam.tolong jelaskan perbezaan penggunaan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Tolong berikan juga contoh penggunaan kedua-dua kata pemeri tersebut dalam ayat.terimakasih.

justify">Merujuk kepada Koleksi Pedoman Bahasa yang dikeluarkan oleh DBP, kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sebenarnya, sering berlaku kekeliruan apenggunaan kedua-dua kata ini.

justify">Namun demikian, bagi membantu saudara, kata kunci yang boleh saudara gunakan bagi membezakan contoh ayat yang diberikan atau kegunaan pada masa hadapan ialah:

justify">a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.

justify">b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.

justify">Contoh penggunaan "ialah" :

justify">i. Anak ialah anugerah Allah

justify">ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.

justify">Contoh penggunaan "adalah":

justify">i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta.

justify">ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan.

justify">(untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)

Lain-lain16.04.2010
salam,.bolehkah pihak tuan/puan berikan saya alamat penuh bahagian penerbitan karya..tq

Sdr boleh menghubungi alamat berikut:

Penerbitan buku dalam bidang Agama Islam,  Sains Sosial dan Kemanusiaan, atau Sains dan Teknologi:

justify">Ketua Editor Bahagian Buku Umum,

justify">Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

justify"> 

Penerbitan buku dalam bidang Bahasa:

Ketua Editor  Bahagian Buku Bahasa,

justify">Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Penerbitan buku dalam bidang Sastera:

Ketua Editor  Bahagian Buku Sastera,

justify">Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Penerbitan buku Kanak-kanak dan Remaja:

Ketua Editor  Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja,

justify">Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Penerbitan buku peringkat Sekolah:

Ketua Editor  Bahagian Buku Sekolah,

justify">Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

justify"> 

Penerbitan karya untuk Majalah:

Ketua Editor  Bahagian Majalah,

justify">Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

justify"> 

justify">Sdr juga boleh melayari laman sesawang DBP untuk bagi mendapatkan alamat e-mel dan no. telefon bagi menghubungi Ketua-ketua Editor yang berkenaan.

Lain-lain16.08.2010
Salam sejahtera. Mohon penjelasan tuan perbezaan antara 'darjah paling' dengan 'darjah penghabisan'. Terima kasih

justify; undefined: ">Saudari,

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut:

justify; undefined: ">i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu

justify; undefined: ">ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

justify; undefined: ">iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

justify; undefined: ">iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

justify; undefined: ">Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

justify; undefined: ">Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

justify; undefined: ">Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.

Tatabahasa04.08.2012
sekaligus atau sekali gus?

justify; undefined: ">Salam sejahtera,

justify; undefined: ">Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan saudara untuk menyemak perkataan yang ejaannya meragukan, saudara bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang diiktiraf untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Tatabahasa01.11.2012
KEKOSONGAN JAWATAN DI DBP

Sdr,

justify">Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP.

justify">Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas.

justify">Pastikan permohonan sdr. sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan.

Lain-lain10.11.2009
Tuan, Ejaan manakah yang betul? naskah atau naskhah? Maklum balas amat dihargai. Terima kasih

justify"> 

justify">Ejaan yang betul "naskhah". Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain26.10.2010
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ

justify; undefined: ">Selamat petang saudara,

justify; undefined: ">Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri.

Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah.

justify; undefined: ">Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.

Makna15.10.2012
Apakah kelebihan menjadi ahli Rakan Dewan ?

Keistomewaan menjadi ahli Rakan Dewan:

justify">Keistimewaan-keistimewaan ini adalah tertakluk kepada apa-apa dasar kerajaan dan hak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengekal, mengubah, meminda atau menambah serta menguatkuasa apa-apa syarat dan terma yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa. Antara keistimewaan yang akan diperolehi pemegang kad ahli Rakan Dewan ialah: 

  • justify">Membeli buku dan majalah terbitan DBP dengan kadar potongan harga 25 peratus di kedai-kedai buku Pengedar DBP yang menyertai skin ini dan di kedai buku koperasi DBP di Ibu Pejabat serta cawangan dan wilayah.
  • justify">Menyertai kegiatan-kegiatan bahasa dan sastera anjuran DBP dengan potongan harga 25 peratus yuran penyertaan.
  • justify">Menjadi ahli Pusat Dokumentasi Melayu bagi ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke atas dan berpeluang mendapat perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan pinjaman. Kemudahan pinjaman boleh didapati di PDM Ibu Pejabat dan Cawangan Sabah.
  • justify">Menerima risalah dan katalog judul-judul terbaru serta program/kegiatan DBP
             
Lain-lain11.03.2009
apakah maksud teori public sphere bagi DBP?

justify">Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.

justify">Berikut hasil carian menggunakan kemudahan KAWAT DBP mengenai "public sphere":

justify">

 JUDULPENGARANGPENERBITTAHUN TERBITNO KELAS 
The Crisis of Literature in the 1790 : print culture and the public sphereKeen, PaulTiada maklumat1999899.22109 KeeTerperinci
The invention of politics in colonial MalayaMilner, AnthonyTiada maklumat 959.5 MilTerperinci
1

justify">Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Hasil carian menunjukkan banyak maklumat mengenai "public" dan "sphere". Selamat mencuba.

Lain-lain10.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas