1)Apakah maksud Modus Operandi dan ironi ? 2)Betulkah,k.penguat + k.adjektif + k.penguat?Cth:sangat/amat panjang sekali. 3)di kalangan atau dalam kalangan??Setahu saya,dalam kalangan. 4)Kali 2 atau Kali-2 DAN Ke 2 atau Ke-2 ATAUPUN Kali ke-2? | 1. Modus operandi adalah cara untuk melakukan sesuatu, ironi adalah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. 2. Kata penguat paling dan ter- sahaja tidak dibenarkan. 3. Dalam kalangan. 4. Kali ke-2 atau kali kedua. | Makna | 05.09.2006 |
Saya ingin bertanya, bagaimana untuk mengetahui mengenai double " K " dan " G " dalam sesuatu perkataan., Sebagai contohnya keesokan. Kenapa keesokan hanya satu "K", bukannya dua "K" Contoh lain menggalakkan. Sekian ,terima kasih. | Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 24.09.2007 |
PENGGUNAAN EJAAN PERKATAAN YANG MELIBATKAN SATU "K" DAN DUA "K" CONTOH : kebanyakan banyakkan BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN EJAAN PERKATAAN UNTUK PERKATAAN YANG MEMERLUKAN SATU "K" DAN DUA "K" | Perkataan banyak apabila menerima imbuhan meN bagi membentuk kata kerja transitif akan menjadi membanyakkan. Perkataan tersebut apabila menerima awalan dan akhiran ke-an menjadi kebanyakan bukan kebanyakkan. Tidak ada bentuk kebanyakkan atau imbuhan ke...kan. | | Tatabahasa | 20.04.2013 |
dimanakah kegunaan huruf k iaitu satu k dan dua huruf k, cth : mengalakkan atau mengalakan. harap dapat memberi penjelasan | Dalam proses pembentukan kata,semua kata dasar yang menerima apitan peN-...-an atau ke-...-an akan membentuk kata nama terbitan contohnya pembalakan,kebanyakan manakala kata dasar yang menerima apitan meN-...-kan dan di-...-kan akan membentuk kata kerja terbitan contohnya menggalakkan dan dimasakkan. | Tatabahasa | 28.06.2007 |
bagaimanakah untuk membezakan penggunaan 2 'k' di hujung perkataan atau 2 'g'. contoh : menggalakkan atau menggalakan meletakkan atau meletakan | Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 28.10.2009 |
PENOLAKAN TERDAPAT 1 'K' ATAU 2 'K' ? | Ejaan Penolakan mempunyai satu k kerana kata dasarnya "tolak" menerima imbuhan pe... dan ...an. | Ejaan | 08.11.2011 |
adakah untuk akronim memerlukan titik, contoh U.K.M, K.T.M.B., Alaihis salam A.S. dan R.A. | Akronim bermaksud kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah UKM, KTMB, a.s. dan r.a. . | Tatabahasa | 29.08.2007 |
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga | Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: (a)faham - k=mengerti">mengerti, k=tahu">tahu, k=sedar">sedar, k=maklum">maklum, k=mafhum">mafhum, k=menerima">menerima, k=mengikut">mengikut, k=enga%3b">enga;, b) bertanya - k=soal">soal: k=siasat">siasat, k=selidik">selidik, k=kaji">kaji, c) bangga - k=megah">megah | Lain-lain | 25.03.2010 |
Perkataan 'kebanyakkan' atau 'kebanyakan' yang betul.. masa bila hendak guna 2 K atau 1 K boleh jelaskan... TQVM | Ejaan yang betul ialah "kebanyak". Dua huruf "k" digunakan bagi mengeja kata kerja atau suruhan seperti menggerakkan atau gerakkan, dan satu "k" bagi kata nama seperti pergerakan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Bolehkah "Bajet-K" atau "Bajett-K" dipakai sebagai nama produk untuk ubat gigi? | Untuk makluman sdr, perkataan bajet membawa maksud belanjawan. Sehubungan dengan itu, perkataan bajet tidak menggambarkan tentang produk ubat gigi. Walau bagaimanapun, sdr akan mendapat nama-nama yang tepat dan indah serta bersesuaian dengan produk sdr sekiranya sdr membaca buku Garis Panduan Menanami Syarikat, kawasan, tempat dan Jalan terbitan DBP. | Makna | 28.04.2009 |