Buku masak, senarai bahan-bahan: 5 kacang panjang (Dipotong kecil) Penjodoh bilangan untuk kacang panjang di sini, 5 urat kacang panjang atau 5 batang kacang panjang? | Penjodoh bilangan yang betul ialah batang. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
Saya ingin bertanya apakah penjodoh bilangan bagi satu kacang panjang yang tidak diikat. Terima kasih tuan. | Penjodoh bilangan bagi kacang panjang yang tidak diikat ialah batang. Ini bermakna, sebatang/ satu batang kacang panjang merupakan penjodoh bilangan bagi satu kacang panjang. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
Saya ingin tahu peribahasa yang sebenar untuk seperti kacang lupakan kulit. Merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain, DBP (2016) - ditulis begini - 'Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya. | Bagai kacang lupakan kulit bermaksud orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan. | Lain-lain | 18.07.2017 |
Saya ingin dapatkan perkataan yang betul Bahasa Melayu bagi perkataan 'ulundhu'.Untuk makluman kacang ulundhu dikisar dan dicampurkan dengan beras untuk membuat Tosai. | Tiada maklumat berkaitan kacang ulundhu dalam data kami. Carian kami melalui Internet mendapati ulundhu ialah sejenis kacang dal. Kami mencadangkan anda menulisnya sebagai kacang dal ulundhu sekiranya anda ingin membezakannya dengan kacang dal yang biasa. | Istilah | 21.10.2018 |
Kulit kacang Dan kuaci serta plastik pembungkus makanan ( )di atad meja Dan permaidani itu. Berserakan /Bersepahan Kedua-Dua jawapan Ini boleh terima ? Terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.07.2016 |
I would like to get translation for 'Gram Dhal Flour' in Bahasa Malaysia. I'm not sure if 'Tepung Kacang Kuda' is the proper translation. | Gram Dhal Flour- Tepung Kacang Dal Chick Pea Flour - Tepung Kacang Kuda | Istilah | 07.06.2018 |
Adakah kacang polong terjemahan untuk 'snow peas'? Terima kasih. | Saudara, Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris 'snow peas' ialah kacang polong. | Istilah | 12.10.2009 |
1)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul? 2)Datuk memetik tomato (yang masak).Adakah ayat ini betul? | Selamat petang; 1)Nenek memetik kacang panjang. 2)Datuk memetik tomato. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 20.10.2016 |
Saya alah kepada / terhadap kacang. Yang manakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah "terhadap". Saya alah terhadap kacang. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
mencari maksud perkataan : 1. telinga tempayan 2. kacang hantu | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna telinga tempayan ialah orang yg tidak mahu mendengar. Makna kacang hantu ialah orang jahat. | Makna | 09.07.2009 |