Kacang Kuda atau Kacang Kudat? Buku Teks BM Tahun 3 SJKC muka surat 108 menulis kacang kudat. TERIMA KASIH. | Kedua-duanya boleh digunakan dan kedua-keduanya merupakan kacang yang berbeza. | Lain-lain | 12.10.2024 |
Buku masak, senarai bahan-bahan: 5 kacang panjang (Dipotong kecil) Penjodoh bilangan untuk kacang panjang di sini, 5 urat kacang panjang atau 5 batang kacang panjang? | Penjodoh bilangan yang betul ialah batang. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
Saya ingin bertanya apakah penjodoh bilangan bagi satu kacang panjang yang tidak diikat. Terima kasih tuan. | Penjodoh bilangan bagi kacang panjang yang tidak diikat ialah batang. Ini bermakna, sebatang/ satu batang kacang panjang merupakan penjodoh bilangan bagi satu kacang panjang. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
Saya ingin tahu peribahasa yang sebenar untuk seperti kacang lupakan kulit. Merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain, DBP (2016) - ditulis begini - 'Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya. | Bagai kacang lupakan kulit bermaksud orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan. | Lain-lain | 18.07.2017 |
Saya ingin dapatkan perkataan yang betul Bahasa Melayu bagi perkataan 'ulundhu'.Untuk makluman kacang ulundhu dikisar dan dicampurkan dengan beras untuk membuat Tosai. | Tiada maklumat berkaitan kacang <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ulundhu i>dalam data kami. Carian kami melalui Internet mendapati <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ulundhui> ialah sejenis kacang dal. Kami mencadangkan anda menulisnya sebagai kacang dal <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ulundhui> sekiranya anda ingin membezakannya dengan kacang dal yang biasa. | Istilah | 21.10.2018 |
Kulit kacang Dan kuaci serta plastik pembungkus makanan ( )di atad meja Dan permaidani itu. Berserakan /Bersepahan Kedua-Dua jawapan Ini boleh terima ? Terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.07.2016 |
I would like to get translation for 'Gram Dhal Flour' in Bahasa Malaysia. I'm not sure if 'Tepung Kacang Kuda' is the proper translation. | Gram Dhal Flour- Tepung Kacang Dal Chick Pea Flour - Tepung Kacang Kuda | Istilah | 07.06.2018 |
perangai abu seperti kacang melupakan kulit apabila melihat kedua-dua orang tuanya...ayat ini ada kesalahan tatabahasa | Ayat yang betul ialah " ... seperti kacang lupakan kulit ... ". Imbuhan "me" tidak perlu ditambah kerana peribahasa ialah frasa nama. | Tatabahasa | 11.09.2020 |
Adakah kacang polong terjemahan untuk 'snow peas'? Terima kasih. | Saudara, Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris 'snow peas' ialah kacang polong. | Istilah | 12.10.2009 |
1)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul? 2)Datuk memetik tomato (yang masak).Adakah ayat ini betul? | Selamat petang; 1)Nenek memetik kacang panjang. 2)Datuk memetik tomato. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 20.10.2016 |