Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kad] | کد

Definisi : keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi); ~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah di­buatnya pd tarikh yg ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~ jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas di­gunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~ kredit kad yg menun­jukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg memboleh­kan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; ~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ merah a) kad jemputan kahwin; b) (Suk) kad berwarna merah yg ditunjukkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ pengenalan kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh me­nyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kad] | کد

Definisi : kertas tebal yg tidak berapa besar dan biasanya bersegi panjang dan digunakan utk berbagai-bagai keperluan. ~ ahli kad sbg tanda menjadi anggota sesuatu persatuan dll. ~ bunyi ist peranti yg menjanakan sistem bunyi pd sesebuah komputer. ~ debit kad plastik yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara debit, iaitu dgn memindahkan wang dr akaun bank pembeli ke akaun bank penjual. ~ grafik ist peranti yg memproses unsur-unsur grafik utk paparan pd skrin. ~ (Hari) Raya kad yg dikirim kpd seseorang utk mengucapkan selamat Hari Raya. ~ jemputan (undangan) kad yg digunakan utk mengundang orang datang ke sesuatu majlis atau perayaan. ~ kredit kad plastik yg membolehkan pemegang kad tsb membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara kredit. ~ kuning kad kecil yg berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, mis dlm permainan bola sepak. ~ manila kad pelbagai warna yg dibuat drpd hem manila atau drpd gentian kayu. ~ merah a. kad kecil yg berwarna merah yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda perintah keluar padang, mis dlm permainan bola sepak. b. kad jemputan kahwin; kad utk mengundang seseorang datang menghadiri majlis perkahwinan. ~ pengenalan kad yg berisi keterangan ttg diri seseorang (namanya, alamatnya dll) berserta gambarnya. ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. ~ tambah ist papan litar yg dipasangkan ke dlm komputer utk menambah kemampuan sesebuah komputer melaksanakan fungsi khusus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kad (kata nama)
Bersinonim dengan kepingan, kupon, kartu.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kad Kredit-i dan Kad Debit-i kini boleh digabungkan dengan rangkaian produk-produk inovatif daripada Bank Rakyat untuk terus mencapai kemakmuran seisi keluarga. Kad Kredit-i / Kad Debit-i dengan Kelab Nuri dan Pilih salah satu produk berikut:

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain15.11.2017
Asalamulaikum Kad Temu Janji Kes Kecemasan Surat Pencen Kad Majikan No Giliran Kad Rawatan Pesakit Borang Ujian Klinikal Ujian Klinikal perkataan diatas nama Am atau nama khas

Saudara Norliza,

Perkataan di atas merupakan kata nama am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

Tatabahasa03.08.2009
penguat kuasa atau penguatkuasa? Kad perlantikan atau Kad pelantikan?

Perkataan yang betul ialah penguat kuasa, kad pelantikan. 

Ejaan04.03.2009
terjemahan sebenar KAD TOUCH N GO dalam Bahasa Melayu???Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "KAD TOUCH N GO." Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah KAD SENTUH DAN JALAN atau KAD SENTUH DAN LALU.Istilah06.09.2012
Pengawas hendaklah menyemak dokumen berikut pada hari peperiksaan: a) Kad pengenalan calon b) Kad pelajar c) ....... Soalan saya: Perlukah diletak perkataan 'yang' selepas perkataan 'dokumen' dalam ayat di atas?Penggunaan yang betul ialah ... menyemak dokumen seperti yang berikut .... Yang perlu dimasukkan dan yang ialah kata hubungan pancangan relatif dan seperti ialah kata sendi nama, dan ...seperti yang berikut ... membentuk frasa nama yang lengkap. Tatabahasa11.02.2010
Yang manakah paling tepat, 'kad kipas Matematik' atau 'kipas kad Matematik'? Terima kasih.Bentuk yang  betul ialah kad kipas Matematik.Istilah14.02.2011
Adakah perkataan Kad Medikal ada dalam Kamus Dewan Bahasa.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "kad medikal" dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah yang betul ialah kad perubatan.Istilah15.07.2014
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
Salam, sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan kepada pihak tuan/puan. Ayat manakah yang lebih tepat sama ada 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' atau 'Kad Jualan Pekebun Kecil Getah'. Untuk makluman tuan/puan, salah satu ayat di atas akan digunakan untuk dicetak ke atas Kad yang akan digunakan oleh pekebun kecil untuk menjual getah mereka kepada peniaga getah. Mohon pihak tuan/puan untuk mengkaji penggunaan bahasa pada ayat-ayat di atas atau memilih salah satunya supaya satu ayat yang lebih tepat dan menunjukkan identiti kad tersebut dapat dihasilkan sebelum ianya dicetak ke atas kad. Terima kasih.

Encik Mohd Termizi,

Jawapan yang betul ialah 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' terima kasih.

Tatabahasa25.02.2010
Pasifkan ayat berikut: Saya mengirimi Syafiqa kad undangan perkahwinan abang. Saya masih ragu2 untuk meletakkan kata yang sesuai selepas kerja pasif "kirimi". Adakah selepas kata itu perlu diletakkan objek (kad undangan perkahwinan abang) atau orang (Syafiqa).Ayat pasif yang betul bagi ayat, "Saya mengirimi Syafiqa kad undangan perkahwinan abang." ialah "Syafiqa saya kirimi kad undangan perkhawinan abang." Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.Tatabahasa04.08.2016
123456789

Kembali ke atas