Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kad yg berisi keterangan ttg diri seseorang (namanya, alamatnya dll) berserta gambarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kad (kata nama)
Bersinonim dengan kepingan, kupon, kartu.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan, apakah terjemahan yang betul untuk kata jamak "identity card numbers" dan "specimen signatures"? Adakah "nombor kad pengenalan - nombor kad pengenalan" atau "nombor-nombor kad pengenalan" atau "nombor kad pengenalan - kad pengenalan"; dan "contoh tandatangan -contoh tandatangan", "contoh-contoh tandatangan" atau "contoh tandatangan-tandatangan"? Selain daripada itu, carian keputusan Khidmat Nasihat menemukan saya dengan dua nasihat berbeza mengenai ejaan "jangka masa"; nasihat pada tahun 2009 mengeja secara rapat manakala nasihat pada tahun 2011 serta 2018 mengeja secara terpisah. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:
a. nombor-nombor kad pengenalan dan contoh-contoh tandatangan.
b. jangka masa
Tatabahasa31.03.2021
Penggunaan singkatan bagi perkataan ‘No Kad Pengenalan’ pada surat rasmi

Penggunaan singkatan bagi perkataan “No. Kad Pengenalan” pada surat rasmi ialah “No. KP” atau “NO. KP”.

Ejaan08.08.2023
permohonan hendaklah disertakan dengan kad pengenalan

Ayat ini kurang tepat, perlu dinyatakan jenis permohonan dan lazimnya hanya nombor atau salinan kad pengenalan yang diperlukan.

Tatabahasa31.03.2011
Assalamuálaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan singkatan bagi Kad Pengenalan yang betul. Adakah K/P atau K.P.? Sekian, terima kasih.​Singkatan yang betul bagi kad pengenalan ialah KP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1164.

Lain-lain28.11.2024
Apakah maksud sebenar kepada singkatan No. KPPN? Ia sering digunakan dalam borang untuk mengisi nombor kad pengenalan.Maksud singkatan no. KPPN ialah Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (No. KPPN)Lain-lain28.11.2017
1.Apakah cara membezakan kata perintah " sila" dan "minta'? 2. ( Sila , Minta ) membawa kad pengenalan kamu ? Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini ? Terima kasih..

1. Sila bermaksud meminta (menyuruh, mengajak dsb) dengan hormat, manakala minta bermaksud lebih umum, iaitu memohon (untuk mendapat sesuatu).

2. Lazimnya diungkapkan "sila bawa kad pengenalan kamu" atau  "minta kad pengenalan kamu". 

Tatabahasa11.06.2010
1. Di dalam dompet tersebut terdapat wang tunai dan kad pengenalan milik Ali. Adakah terdapat kesalahan penggunaan tatabahasa di atas dan mengapa penggunaan tatabahasa tersebut salah?

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa04.10.2024
Pengawas hendaklah menyemak dokumen berikut pada hari peperiksaan: a) Kad pengenalan calon b) Kad pelajar c) ....... Soalan saya: Perlukah diletak perkataan 'yang' selepas perkataan 'dokumen' dalam ayat di atas?Penggunaan yang betul ialah ... menyemak dokumen seperti yang berikut .... Yang perlu dimasukkan dan yang ialah kata hubungan pancangan relatif dan seperti ialah kata sendi nama, dan ...seperti yang berikut ... membentuk frasa nama yang lengkap. Tatabahasa11.02.2010
Salam tuan. Adakah kata-kata berikut betul? 1. salah tempat Contoh ayat: Kamu sudah salah tempat untuk membuat kad pengenalan. 2. tuan-tuan dan puan-puan sekalian Terima kasih.

Penggunaan yang lebih formal untuk menyatakan hal tersebut ialah seperti contoh yang berikut:

1.      Kamu berada di tempat yang salah untuk membuat pengaduan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih.
Tatabahasa26.08.2023
Adakah ayat ini betul dan gramatis; saya mahu salinan IC untuk menyimpannya di dalam failAyat yang lebih gramatis ialah: Saya memerlukan salinan kad pengenalan untuk simpanan di dalam fail. Tatabahasa19.03.2021
123

Kembali ke atas