kadang kala atau kadangkala | kadangkala | Ejaan | 14.09.2011 |
"Kadangkala,aku dan bapa turut menyingsing lengan membantu datuk di kebun." Adakah "menyingsing lengan" merupakan simpulan bahasa | Untuk makluman tidak terdapat simpulan bahasa tentang menyingsing lengan dalam sistem rujukan kami. Maksud menyingsing membawa maksud menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dan lain-lain) supaya pendek. | Tatabahasa | 27.04.2016 |
kadangkala atau kadang kala | kadangkala | Ejaan | 07.06.2013 |
kadangkala, kadang kala, kadang-kala yang manakah betul? | kadangkala | Ejaan | 30.10.2014 |
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ? | Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74). | Tatabahasa | 09.04.2010 |
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kali | Jawapan yang betul ialah: 1. temu duga 2. soal selidik 3. masa kini 4. kadangkala 5. ubah suai 6. acap kali | Ejaan | 05.04.2013 |
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan. | Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 14.12.2017 |
Yang mana satu betul? 1. anti-lelaki/ anti lelaki/ antilelaki 2. kadangkala/kadang kala 3. rumah tangga/ rummahtangga 4. aruah/arwah 5. saudaramara/saudara mara/ saudara-mara 6. ramah tamah/ ramah-tamah/ramahtamah 7. seringkali/sering kali 8. tanahair/tanah air 9. pasaraya/ pasar raya 10. tengah hari/ tengahari 11. perkapita/ per kapita 12. hubungkait/hubung kait | 1. antilelaki 2. kadangkala 3. rumah tangga 4. arwah 5. saudara-mara 6. ramah-tamah 7. sering kali 8. tanah air 9. pasar raya 10. tengah hari 1. per kapita 12. hubung kait | Ejaan | 07.08.2014 |
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 15.08.2012 |
untuk penggunaan kamus dewan, kadangkala keliru(tak jelas) sama ada sesuatu perkataan itu dijarakkan atau dekat. misalnya, mata pelajaran atau matapelajaran. simbol yg digunakan dalam kamus itu mengelirukan | Terdapat 15 kata majmuk yang telah dimantapkan dan dieja bercantum. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, matahari, olahraga, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, dan pesuruhjaya. Selain daripada itu, perlu dieja jarak. Oleh itu, kata mata pelajaran perlu dieja jarak. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 48,54,72,73,75,108,133, 591. | Lain-lain | 07.10.2010 |