Star Rating | kadaran bintang - istilah kejuruteraan | Istilah | 26.02.2009 |
Soalan saya berkaitan dengan pengistilahan Authentic Project di dalam bahasa melayu. di harap mendapat pertimbamgan dengan kadaran segera. | Untuk makluman, tidak ada istilah authentic project dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah authentic mempunyai beberapa padanan dalam bahasa Melayu, iaitu sahih, sah, tulen, lengkap, asli, boleh dipercayai, autentik. Padanan untuk authentic project bergantung pada konteks yang digunakan sama ada projek yang boleh dipercayai, projek tulen dan sebagainya. | Istilah | 30.01.2011 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk perkataan 'rating'. Cth ayat - Rating Services, credit rating, rating portfolio, rating industry. Atau adakah cara lain yang boleh membantu saya untuk mendapatkan bantuan bagi sebarang terjemahan untuk perkataan-perkataan tertentu? Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rating ialah kadaran/pengadaran/pemerinkatan. Saudara boleh mendapatkan padanan perkataan melalui Carian Kata melalui KNDBP dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 10.04.2009 |