apakah salutasi yang digunakan untuk Bekas Kadi Besar Negeri yang telah bersara | Untuk makluman puan, panggilan hormat/salutasi bagi Kadi Besar/Kadi ialah Sahibul Fadillah. Walau bagaimanapun tiada panggilan hormat/salutasi khas bagi mantan Kadi Besar/Kadi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. | Lain-lain | 28.02.2023 |
apakah panggilan hormat (salutasi) yang sesuai untuk Bekas Kadi Besar yang telah bersara? | Untuk makluman puan, panggilan hormat/salutasi bagi Kadi Besar/Kadi ialah Sahibul Fadillah. Walau bagaimanapun tiada panggilan hormat/salutasi khas bagi mantan Kadi Besar/Kadi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. | Lain-lain | 28.02.2023 |
Kata Sapaan untuk: i ) wakil rakyat ii) usahawan iii) ketua polis daerah iv) kadi daerah | Seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri disapa sebagai "Yang Berhormat", manakala bagi seorang usahawan, ketua polis daerah dan kadi daerah yang tidak bergelar Dato' disapa sebagai "Tuan/Encik". | Lain-lain | 27.05.2011 |
apakah salutasi yang sesuai untuk jawatan Kadi Besar Negeri Johor yang telah bersara | Kata sapaan yang sesuai digunakan dalam konteks ini ialah "Tuan/Encik", yang merujuk kata panggilan bagi orang lelaki yang dihormati atau yang berpangkat dan yang tidak bergelar Dato'.
| Lain-lain | 26.02.2023 |
Apakah ayat ini tepat? Pasangan pengantin itu telah dinikahkan oleh seorang juru nikah yang bertauliah dari pejabat kadi berdekatan. | Selamat ptg: Ayat tersebut betul. Perkataan jurunikah dirapatkan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 22.10.2016 |
Apakah rasional disebalik ejaan redha yg dimodenkan menjadi reda? Adakah terdapat sebarang peraturan tatabahasa yang menyebabkan ianya lebih baik dieja sebagai reda berbanding redha? | Sebarang ejaan bagi kata serapan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu telah dibincangkan dan diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena ulang tahun ke-20 MABBIM. Ejaan Rumi baharu yang huruf lamanya terkandung "dh" menjadi "d" juga dinyatakan dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, 1991) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, 1988). Ejaan bagi kata "reda" juga terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi (2001, 2008) terbitan DBP. Semuanya bertujuan keselarasan ejaan bahasa Melayu, khususnya bagi kata serapan daripada bahasa Arab seperti dharab menjadi darab, kadhi menjadi kadi dan mudharat menjadi mudarat. Dengan peningkatan penguasaan ilmu, masyarakat telah dapat membezakan antara ejaan Rumi dengan ejaan Jawi serta sebutan dalam bahasa Arab dengan sebutan dalam bahasa Melayu bagi kata-kata tersebut. | Makna | 12.03.2024 |