Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kaedah (kata nama)
Bersinonim dengan cara, aturan, hukum, prinsip, sistem, susunan, metode, teori, tata, ragam, norma, cara, laku, adat, kebiasaan, adat kebiasaan, lagam, lagu.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: 

strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.

Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina.

Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

Istilah15.01.2010
definisi sistemMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sistem bermaksud 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan beberapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; Makna05.07.2010
"Pentafsiran" atau "Penafsiran", yang mana yang betul atau kedua-dua boleh digunakan mengikut konteks ayat?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ejaan yang betul ialah pentafsiran.

Pentafsiran bermaksud hal atau perbuatan mentafsirkan sesuatu.
Contoh penggunaan:
a. Syarahan ini ditumpukan kepada pentafsiran dan penulisan sejarah dalam bahasa Melayu.
b. Pentafsiran data memerlukan kaedah statistik.

Kata mentafsirkan (kata pasif: ditafsirkan, tafsirkan) pula bermaksud:

1. menerangkan, menjelaskan atau membuat tanggapan tentang (sesuatu kejadian, maklumat dan lain-lain).

Contoh penggunaan:
a. Teori ini mentafsirkan pembelajaran sebagai perubahan dalam tingkah laku.
b. Istilah filem dan perfileman sering ditafsirkan secara sempit oleh masyarakat umum.

2. menerangkan, menjelaskan atau merungkaikan maksud (ayat al-Quran, hadis dan sebagainya).

Contoh penggunaan:
a. Ulama ini telah mengetengahkan kaedah-kaedah mentafsirkan al-Quran supaya mudah difahami dan dapat dijadikan panduan.
b. Sebenarnya perkataan al-yaqin dalam ayat tersebut ditafsirkan oleh semua mufasirin yang muktabar sebagai kematian.
Ejaan02.01.2025
Maksud Ilustrasi dalam konteks Multimedia dan bahasa .

Dalam Kamus Dewan ilustrasi bermaksud gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll); dalam istilah ilustrasi disebut penjelasan/ilustrasi, huraiannya; (1) Lukisan atau foto pada sesebuah teks yang memberi gambaran tentang kandungan teks tersebut. (SLUKIS) (2) Tindakan membuat penjelasan dengan kaedah yang mudah tentang sesuatu fahaman, teori atau konsep yang terdapat dalam bidang geografi melalui kaedah tertentu seperti melalui kajian lapangan dan makmal. (GEOG). Untuk bidang multimedia juga digunakan ilustrasi.

Makna16.10.2008
Apakah perbezaan kreatif dengan inovatif ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

kreatif  kata adjektif
1 (bekenaaan dengan seseorang) berkebolehan mencipta atau menghasilkan sst yg baharu, unik dan menarik serta berbeza drp yg lain:
Guru-guru yg kreatif dapat menarik minat pelajar dlm kelas.

2 (berkenaan dengan karya, penulisan dsb) bersifat unik, menarik dsb yg dihasilkan melalui daya imaginasi yg tinggi:
Karya-karya ini merupakan hasil kreatif pujangga tempatan dan sangat penting dlm perkembangan kesusasteraan Melayu

inovatif kata adjektif
(berkenaan dengan kaedah, idea dsb) bersifat inovasi:
Pelajar didedahkan dgn kaedah berfikir yg kreatif dan inovatif dlm menjana idea perniagaan.

inovasi kata nama 
1 teknik, sistem dll yg baru diperkenalkan sbg penambahbaikan kpd yg sedia ada: Bank ini telah menghasilkan beberapa inovasi dlm perkhidmatan bank, spt rangkaian ATM.
2 tindakan, usaha, daya dsb mengadakan atau memulakan sst yg baharu:
Kita perlu menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan inovasi mereka.
kata kerja transitif 3 lihat menginovasi;

Dapat disimpulkan, sesuatu yang kreatif bersifat menarik, unik dan istimewa sifatnya, berbanding sesuatu yang inovatif biasanya dapat menjimatkan kos, tenaga, masa dsb dalam kehidupan kita.
Makna02.05.2023
adakah SISTEM KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN sama maksudnya...?Oleh sebab tuan bertanyakan tentang definisi atau maksud "Sistem dan Institusi", maka dilampirkan makna kedua-dua perkataan ini berdasarkan Kamus Dewan:sistem 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ Manakala maksud Institusi ialah badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; Secara harafiahnya, sistem Kekeluargaan dapat disimpulkan merupakan peraturan/kaedah manakala Institusi merujuk badan atau organisasi.Lain-lain28.07.2007
Apa makna "Dirgahayu" dan kaedah penggunaannya.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud lanjut usia, panjang umur. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menyampaikan ucapan semasa hari kelahiran kepada kerabat diraja. Makna28.01.2009
maksud kreatif & inovasi

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kreatif ialah mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Inovasi pula ialah sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna03.03.2009
Apakah hukum umum yg perlu dipatuhi untuk menukar istilah kimia bahasa Inggeris ke bahasa melayu? Sy merujuk kamus dewan online, tetapi kebanyakan istilah sains yg ditukar hanya melibatkan penggunaan 2 jenis bahan kimia. Bagaimana utk menukar, contohnya, methylhydroxypropylcellulose? Bolehkah ditukar menjadi metilhidroksipropilselulosa?Istilah tersebut tidak ada dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, berdasarkan kaedah pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu yang betul ialah metilhidroksipropilselulosa. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah pembentukan istilah kimia, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005 dan Daftar Istilah Tatanama Kimia terbitan tahun 1987.Istilah09.04.2012
apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkaedahan'?Kamus Dewan memberikan makna kaedah sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa);manakala dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan memberikan padanan methodology ialah perkaedahan, metodologi: research ~, metodologi penyelidikan; new methodologies have been developed over the years, perkaedahan baharu telah dapat dihasilkan selepas beberapa tahun.   Sila berikan konteks penggunaan entri ‘pengkaedahan’ dalam ayat supaya kami boleh memberikan makna.Makna23.11.2014
1234567

Kembali ke atas