| yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi. | YM Tengku, Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. | Tatabahasa | 14.10.2010 |
| Terima kasih atas bantuan. Seterusnya saya ingin kepastian tentang jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: 1. Abu berasa _____ apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. A kaget B takjub C kagum D pelik 2. Masih ada ____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. A kekelituan B kegusaran C perselisihan D perbandingan 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A AMAT TERINDAH B SUNGGUH AMAT INDAH C AMAT SUNGGUH TERINDAH 4. Biasiswa itu DIBERI KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. A DIBERI KEPADA PELAJAR B DIBERIKAN PADA PELAJAR C DIBERI UNTUK PELAJAR Terima kasih | 1. Abu berasa kaget apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. 2. Masih ada perselisihan pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. 4. Biasiswa itu DIBERIKAN KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. | Tatabahasa | 19.10.2010 |