Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kah] | که

Definisi : sj perekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kah] | که

Definisi : partikel utk menyatakan pertanyaan: boleh~ kau menyanyi? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Perkataan "ya" seringkali disebut sebagai ia/iya. Ejaan mana yang betul "ia" atau "iya". Seterusnya, jika ia/iya digabungkan dengan "kah", adakah ianya dicantumka? Contoh: iakah/iyakah atau ia kah/ya kah Sekian, terima kasih!Kata yang digunakan untuk membenarkan sesuatu ialah ya atau ia. Dalam konteks ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah "betulkah" kerana ia dan ya digunakan dalam ayat penyata, bukan ayat tanya. Ejaan03.06.2020
kah saya boleh dapatkan dasar plagiarism yang dibuat oleh pihak DBP?Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain20.10.2015
Adakah kata tanya MESTI diikuti partikel '-kah'? Contoh: Bila / Bilakah kamu sampai? Terima kasih.Tidak semua kata tanya perlu diikuti  dengan partikel kah, sebaliknya penggunaan partikel kah mengikut kesesuaian ayat tersebut. Contoh ayat: Bila kamu sampai? dan Bilakah kamu sampai?, kedua-duanya ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa08.07.2010
Salam sejahtera, Dalam penggunaan kata tanya, apakah peranan tambahan 'kah' di hujung setiap kata tanya? Contohnya, "Bagaimana'kah' kamu melakukannya?" Adakah ayat tetap betul tatabahasanya jika 'kah' tidak diletakkan? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Kehadiaran  -kah, -tah dan -lah  penting sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat "Siapakah majikan kamu itu?"
Tatabahasa07.10.2015
1)Betulkah penggunaan perkataan kah dalam ayat ini? 2)Perlukah ditukar perkataan nak kepada hendak? “Kamu semua nak pergi beriadah di Taman Botani kah?” Sarah cuba ikut berbual.

1. Penggunaan partikel -kah dalam ayat “Perlukah ditukar perkataan nak kepada hendak?”, betul.

2.  Penggunaan partikel -kah dalam ayat kedua tidak betul. Ayat yang betul ialah “Kamu semua nak pergi beriadah di Taman Botani?” Sarah cuba ikut berbual.
Tatabahasa03.10.2024
BAGAIMANA KAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN VIDEO PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN PADA TAHUN 2010 ?Saudara boleh membuat permohonan melalui:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 30, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

E-mel: hazami@dbp.gov.my/dina@dbp.gov.my
Pengembangan06.08.2023
apa kah terjemahan yang paling sesuai untuk 'gift cards'?Terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk gift card ialah kad hadiah.Makna12.05.2022
Ada kah, iklan papan kami lulus ?Tuan/puan perlu membuat permohonan pengesahan bahasa untuk iklan secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila klik Daftar Permohonan, pilih Daftar Iklan. Masukkan keterangan yang diminta. Pilih PBT dan tekan Masuk PBT. Muat naik gambar mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Tekan Simpan. Buat bayaran yang ditetapkan. Pihak kami akan memproses iklan tuan/puan selepas bayaran diterima. Sila buat pembetulan seperti yang berikut:

1. Masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan papan utama. Contohnya PEJABAT URUSAN  atau lain-lain yang bersesuaian.

2. Betulkan Tel.:   (Letak titik dan dirapatkan)

3. Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris dalam  bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) kecuali nama yang telah didaftarkan.

4. 
Sila lampirkan keseluruhan visual iklan dan teks yang lebih jelas setiap butirannya untuk memudahkan penyemakan daripada pihak kami.





Lain-lain24.03.2021
Boleh kah saya letak YBhg kepada seseorang yang ada gelaran Tuan Haji dan Ustaz. Contohnya YBhg. Tuan Haji dan YBhg. Ustaz. Kalau bukan YBhg apakah perkataan yang sesuai. Terima kasih."YBhg. Tuan Haji" dan "YBhg. Ustaz" boleh digunakan sebagai gelaran. Lain-lain26.10.2020
Boleh kah perkataan "kan" yang digunakan dalam percakapan di gunakan dalam penulisan sarikata/subtitile? Contoh, Awak mesti tahu di mana dia berada kan? Adakah pertakataan "kan" hanya boleh digunakan dalam percakapan? Terima kasihSalam sejahtera, Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa04.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas