Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.03.2022 |
Mengapakah perkataan hartawan dan perkahwinan mengandungi dua morfem harta wan per ....an dan kahwin | harta dan kahwin merupakan kata dasar/kata akar. Apabila menerima imbuhan awalan mahupun apitan, kata dasar tersebut akan menjadi kata terbitan yang akan memberi makna yang lain setelah menerima imbuhan. Contohnya perkataan harta membawa maksud barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll);. Apabila menerima akhiran -wan akan menghasilkan kata terbitan hartawan yang membawa maksud berharta, kaya: orang yg bangsawan lagi ~; 2. orang yg mempunyai harta, orang kaya: dia seorang ~ yg terkenal; kaum ~; . | Tatabahasa | 29.09.2012 |
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan perbezaan terjemahan Bahasa Inggeris bagi mas kahwin (mahar) dan belanja hantaran. Mengikut pemahaman saya, kedua-duanya adalah 'dowry'. Sila jelaskan. Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "dowry" ialah mahar, hantaran kahwin atau mas kahwin. Istilah "belanja hantaran" tidak ada dalam pangkalan data kami. | Istilah | 11.07.2013 |
1. Mengapakah perkataan 'hartawan' dan 'perkahwinan' mengandungi dua morfem, iaitu:{harta}+{wan}, dan {per-...-an}+{kahwin}? Jelaskan. 2. Berapakah bilangan morfem yang terdapat dalam perkataan yang berikut? Nyatakan jenis morfem tersebut. Untuk morfem terikat, nyatakan jenisnya. (a) misalan (b) berterbangan (c) memperjuangkan (d) menterbalikkan; dan (e) kemeriahan | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, morfem dibahagikan kepada dua iaitu bebas dan terikat. Harta dan kahwin ialah morfem bebas dan hartawan serta perkahwinan ialah morfem terikat. Morfem terikat mengandungi dua morfem. Terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas dan boleh menerima awalan, akhiran dan apitan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 43, 44 535, 596 dan lain-lain. 2. Misalan, berterbangan, memperjuangkan, menterbalikkan dan kemeriahan ialah contoh morfem terikat dan terdiri daripada dua morfem. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Iklan says FESTIVAL KERJA KAHWIN MALAYSIA tidak diluluskan dan diminta menggantikan nama FESTIVAL PERKAHWINAN MALAYSIA sedangkan 4 permohonan lepas diluluskan Mohon penjelasan. | Permohonan tuan telah diproses, kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. | Lain-lain | 19.01.2017 |
aku tak suka pakcik aku tu .. sebelum ni sebelum dia kahwin guna modal aku sampai habis sekarang nak malu lagi. | Ayat yang dikemukakan tidak jelas. Berikut merupakan contoh ayat yang diberikan penambahbaikan: “Aku tidak suka pakcik aku; semasa berkahwin beliau menggunakan wang aku dan masih belum membayar hutang kepada aku.” Untuk pertanyaan yang akan datang, sila kemukakan soalan yang lengkap dan jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang tepat dan bersesuaian. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), hlm. 432 – 575. | Tatabahasa | 17.01.2025 |
saya perlu wat laman web diri sendiri. ape yang perlu saya letakkan dlm untuk menu "saya anak yang ke berapa?" maksud saya mcm "status", bg org yang sudah b'kahwin @ bujang. | Bagi membantu, saudara boleh meletakkan "Kedudukan dalam keluarga" atau "Anak ke berapa". | Lain-lain | 07.03.2007 |
Salam sejahtera, Adakah "betapa pun" dikategorikan sebagai kata hubung? Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, betapa bermaksud peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. Merujuk pada buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, betapa merupakan kata tugas dan dalam kategori kata hubung. | Tatabahasa | 07.12.2013 |
Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih. | Salam, Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan. | Makna | 27.11.2015 |
Saya ingin mendapat kepastian. Dalam buku Morfologi karangan Dr. Abdullah Hassan, di bawah tajuk penggetaran menyatakan beR apabila diimbuhkan kepada kerja, kata terbitannya adalah bekerja bukan *berkerja. Alasannya, tidak boleh ada 2 r dalam suku kata berturutan. Atas sebab itu, r dalam beR digugurkan kerana sudah ada r dalam kerja. Hal ini berbeza dengan kata kerja berkahwin, berkawad dll kerana dalam perkataan tersebut tidak ada konsonan r. Oleh sebab itu, kata terbitan kahwin, berkahwin, kata terbitan kawad, berkawad tetapi tidak berkerja. Persoalannya bagaimana pula dengan kejar? adakah kata terbitannya bekejar atau berkejar? kalau mengikut rumus Abdullah Hassan tentu jawapannya bekejar-kejar. namun, apabila disemak dalam dewan eja pro saya dapati tida entri bekejar sebaliknya berkejar. | Awalan ber- akan menerbitakan kata kerja seperti berdiri, berserta dan bermain. Kata bekerja adalah antara bentuk kekecualian yang wujud dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya. | Tatabahasa | 28.07.2015 |