Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Sykt saya sedang memohon untuk kelulusan nama bangunan dari pihak Majlis Perbandaran Kajang.Nama bangunan yang kami pilih ialah "TETRIS" iaitu nama satu permainan video game yang sangat popular di zaman sekarang.Tetapi saya ingin memastikan dalam bahasa melayu,adakah nama ini juga dikenali sebagai "TETRIS".Kerana saya telah cuba mencari dalam kamus dewan tetapi tidak menjumpainya. | Untuk menamakan bangunan ataupun penamaan lain untuk paparan di tempat awam, hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dengan ejaan dan nahu yang betul serta melambangkan citra kebangsaan. Pada pandangan kami, nama "Tetris" tidak sesuai untuk menamakan bangunan kerana tidak membawa apa-apa makna dalam bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 17.08.2011 |
Assalamualaikum , Saya ingin membuat banner kursus asas memanah di semenyih dan telah mendapatkan info kebenaran pengiklanan dari Majlis Perbandaran Kajang, Mereka meminta saya mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan bahasa dari dewan bahasa dan pustaka. kalau begitu, bagaimana saya ingin dapatkan perkhidmatan tersebut | Sila hantar visual iklan tuan melalui laman sesawang melalui www.dbpsahbahasa.my atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur. Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200/9300/9400. Terima kasih. | Lain-lain | 22.01.2020 |
asap (dari,daripada)paip ekzos. | 'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah asap daripada paip ekzos. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
ASSALAMUALAIKUM, SAYA DIARAHKAN UNTUK MENDAPATKAN SURAT ULASAN DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI PERMOHONAN NAMA TAMAN DARI MAJLIS TEMPATAN, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG. SAYA INGIN MENGETAHUI LANGKAH DAN PROSEDUR PERMOHONAN. TERIMA KASIH. PERHATIAN DARI PIHAK TUAN AMAT KAMI HARGAI. | Assalamualaikum, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa dalam talian perlu dibuat melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, sila daftar akaun terlebih dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan Pendaftaran pada laman web dbpsahbahasa.my. 2. Selepas mendapat ID pengguna dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan dan Daftar Penamaan. Kemudian, lengkapkan maklumat (rujuk Panduan Pelanggan). Tiada bayaran dikenakan untuk Daftar Penamaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.05.2020 |
pemandangan (dari,daripada)kawasan itu sungguh cantik.apa jawapan? | 'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah pemandangan daripada kawasan itu sungguh cantik. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Ayat-ayat di bawah betul atau salah?Kalau salah harap jelaskan apa kesalahannya. 1)Pulau Tioman terindah di dunia. 2) Para banduan wanita itu akan dipindahkan ke Penjara Kajang. Terima kasih | Ayat pertama ayat tergantung, sepatutnya Pulau Tioman merupakan pulau yang terindah di dunia. Ayat kedua betul. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
maklumat itu diperoleh(dari,daripada)buku itu.apa jawapannya? | 'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah maklumat itu diperoleh daripada buku itu. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Salam, saya menghadapi kesukaran membaca manuskrip lama yang berbahasa jawi, bagaimana cara untuk saya mendapatkan terjemahan bagi manuskrip "Surat-surat Berhubung Dengan Harta Keluarga Diraja Kedah"? | Puan boleh mendapatkan perkhidmatan transliterasi daripada syarikat Klasika Media di Bandar Sri Putra Kajang. Alamat e-mel: klasika.media@yahoo.com atau hubungan Ustz Mohd Syukri Rosli.: 03 89209800. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2014 |
Saya ingin mengetahui sama ada DBP masih mengadakan program Kembara Sastera yang pernah saya ikuti pada tahun 2006 di SMK Bandar Muadzam Shah, Pahang. Pada masa itu, Sasterawan A Samad Said telah hadir sebagai tetamu jemputan dan program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 12 malam. Pengisian program sangat menarik dan banyak manfaat. Mohon sekiranya DBP masih meneruskan program ini, sy wakil SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang ingin turut serta dan mengadakn program ini di sekolah. Harap mendapat pertimbangan pihak DBP. Terima kasih. | Mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan semula program Kembara Bahasa. Kembara Bahasa diisi dengan penganjuran kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang menjadi penggerak misi bahasa, sastera dan budaya kebangsaan. Sila kemukakan permohonan puan untuk mengikuti program Kembara Bahasa melalui orgsanisasi puan kepada DBP. | Lain-lain | 08.04.2014 |