Saya ingin membuat kaji selidik. Tajuk kaji selidik dalam Bahasa Melayu ialah "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)" Soalan: Saya perlu pandangan penggunaan huruf besar bagi perkataan yang ada singkatan elektronik ‘e-‘ jika di permulaan ayat/tajuk. Adakah:- a) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (E-pembayaran)"; b) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-Pembayaran)"; c) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (E-Pembayaran)"; atau d) "Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)"? | Jawapan yang betul ialah 'Kaji Selidik Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik (e-pembayaran)' | Ejaan | 13.07.2020 |
AS SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA Soalan saya adalah berkaitan dengan kata hubung apa yang paling sesuai digunakan untuk ayat-ayat dibawah: 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang. 2.Saya ada masa pada hujung minggu ini. Saya akan menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah itu baru dibelinya. Rumah itu baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara. Haris memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Fikirannya buntu. Dia memohon cuti selama dua hari. Dia mahu menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas. Majalah itu sesuai dibaca oleh pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita. Rakyat berada dalam cengkaman penjajah. | 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. 2. Saya ada masa pada hujung minggu ini untuk menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara dan memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Oleh sebab fikirannya buntu, dia memohon cuti selama dua hari untuk menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas dan pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita ketika berada dalam cengkaman penjajah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251 - 254. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu: 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur. | Berikut ayat yang betul: 1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun. (7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.
| Tatabahasa | 14.07.2014 |
Salam, Apakah ayat majmuk yang betul bagi kedua-dua ayat tunggal ini apabila digabungkan? 1. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah? 2. Suresh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan? Adakah...? 1. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan? 2. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau perpustakaan? Yang manakah betul dan apakah alasannya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?".
| Tatabahasa | 22.04.2014 |
Saya ingin tahu samada ayat-ayat berikut betul atau salah. 1. Makanan di restoren ini sedap-sedap belaka. 2. Justeru kita hendaklah mengulangkaji pelajaran. 3. Peserta itu kuat betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. Saya harap pihak tuan dapat membetulkannya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Makanan di restoren ini sedap belaka. 2. Justeru, kita hendaklah mengulang kaji pelajaran. 3. Peserta itu pantas/laju betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di negeri Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. -lebih kepada bahasa percakapan | Tatabahasa | 21.08.2010 |
Antara punca kegagalan adik ialah kurang mengulang kaji pelajaran. adalah ayat di atas gramatis dan betul dari segi tatabahasa? | Antara punca kegagalan adik dalam peperiksaan ialah kurang mengulang kaji pelajaran. | Tatabahasa | 11.04.2014 |
manakah ayat yang betul ? a) Adik bangun daripada tidur. b) Adik bangun dari tidur. c) Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. d) Adik sedang mengulang kaji di dalam bilik bacaan. Terima kasih. | Ayat yang bgramatis ialah Adik bangun daripada tidur dan Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. | Tatabahasa | 02.11.2012 |
ayat: Antara punca kegagalan adik ialah kurang mengulang kaji pelajaran. berdasarkan contoh ayat di atas, mengapakah perkataan kurang (KA) boleh digunakan selepas ialah (kata pemeri)? mohon penjelasan, terima kasih. | Dalam rumus tatabahasa, kata pemeri adalah diikuti kata sendi nama atau kata adjektif. Berdasarkan rumus tersebut, ayat yang betul ialah "Antara punca kegagalan adik adalah kurang mengulang kaji pelajaran". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. | Tatabahasa | 14.04.2014 |
Jessica mengulang kaji pelajaran bersama-sama kawannya tatkala menunggu ibunaya dapat menjemputnya di sekolah. Apakah kesalahan bahasa dalam ayat di atas? | Ayat yang betul ialah Jessica mengulang kaji pelajaran bersama-sama kawannya tatkala menunggu ibunya datang menjemputnya di sekolah. | Tatabahasa | 01.11.2021 |