Salam. Yang manakah masih lagi dipakai di antara perkataan "kakanda" dan "kekanda"? saya lihat di dalam kamus Daftar Kata Bahasa Melayu terbitan DBP, kedua-dua perkataan di atas ada. Manakala di dalam kamus Dewan Bahasa hanya perkataan "kakanda" sahaja yang ada. Sekian | Ejaan yang tepat ialah kakanda seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Terima kasih. | Ejaan | 25.06.2008 |
Salam DBP, Apkah perbezaan antara KAKANDA dengan KEKANDA? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah kakanda atau singkatannya kanda, iaitu panggilan yang lazimnya digunakan dalam bahasa istana atau juga digunakan kini sebagai bahasa panggilan dalam surat-menyurat. | Tatabahasa | 17.10.2011 |
Kenal pasti kesalahan ayat: 1. Bila gerangan kakanda akan pulang? 2. Berapa tahun dia belajar di luar negeri? | Dalam kedua-dua ayat tersebut perlu diletakkan partikel -kah (Bilakah ... dan Berapa tahunkah ...) sebagai penegas frasa predikat atau bahagiannya. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Tuan/Puan, saya ingin bertanyakan penggunaan kata yang sesuai jika menulis surat kiriman tidak rasmi kepada ahli keluarga (seperti kakanda dan adinda). Jika begitu, adakah ini bermaksud sebarang penggunaan kata untuk ahli keluarga lain (jika disebut dalam surat) perlu menggunakan kata panggilan zaman dahulu seperti ayahanda, bonda, nenda, dan sebagainya? Terima kasih. | Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat. | Tatabahasa | 24.10.2013 |