bentuk penggandaan kata majmuk yang membawa makna kiasan: kaki-kaki bangku @ kaki bangku-kaki bangku | Kaki-kaki bangku. | Tatabahasa | 22.04.2010 |
Assalamualaikum. Adakah ada perbezaan antara siar kaki dan kaki lima? | Siar kaki ialah istilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki. | Istilah | 05.02.2015 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.Menteri-menteri besar ATAU menteri besar-menteri besar 2.Perdana-Perdana Menteri ATAU Perdana Menteri-Perdana Menteri 3.Kaki-kaki botol ATAU kaki botol-kaki botol Mohon penjelasan untuk setiap pilihan jawapan yang tepat. Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. Menteri-menteri Besar ii. Perdana-perdana Menteri iii. Simpulan bahasa kaki botol tidak sesuai untuk digandakan. Lazimnya untuk menunjukkan bilangan jamak boleh menggunakan kata bilangan. Contohnya sekumpulan, semua dan beberapa. | Tatabahasa | 03.09.2019 |
boleh tak sekiranya "lintasan pejalan kaki berisyarat" disingkatkan menjadi "lintasan pejalan kaki" sahaja? . adakah tanpa "berisyarat" maksudnya juga berubah? terima kasih. | Lintasan pejalan kaki berisyarat maksudnya lintasan pejalan kaki yang mempunyai kemudahan lampu isyarat dan butang hijau yang boleh ditekan oleh pejalan kaki yang hendak melintas jalan di kawasan tersebut. Lintasan pejalan kaki ialah lintasan biasa bagi pejalan kaki yang hendak melintas jalan dan tidak mempunyai lampu isyarat di lintasan tersebut. Maksud bagi kedua-dua perkara tersebut adalah berbeza. | Lain-lain | 14.09.2017 |
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | 2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan, merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama. 3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini! 4. Betul. 5. Betul. 6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang. 8. Betul. 9. Betul. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu. 11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? | Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki." | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin. | Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.07.2009 |
Gabungkan ayat tunggal. 1.Abu basuh tangan. Abu basuh kaki.(dan) JAWAPAN A:Abu basuh tangan dan kaki. JAWAPAN B:Abu basuh tangan dan basuh kaki. Mana satu jawapan lebih tepat? | Ayat yang lebih sesuai bagi menggabungkan ayat tunggal ialah Abu basuh tangan dan kaki. | Tatabahasa | 03.05.2016 |
boleh tak sekiranya "lintasan pejalan kaki berisyarat" disingkatkan menjadi "lintasan pejalan kaki" sahaja? . adakah tanpa "berisyarat" maksudnya juga berubah? terima kasih. | Salam sejahtera, Data kami memberi tafsiran lintasan pejalan kaki ialah Laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki melintas jalan raya di depan lampu isyarat. Jika konteks ayat yang diberikan oleh tuan sama dengan tafsiran melalui data kami, tuan boleh menggunakannya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.09.2017 |
perluasan makna kata "kaki" | Dalam Kamus Dewan kaki ditakrifkan sebagai 1. anggota badan 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah) 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter 7. kiasan (orang yang) suka melakukan sesuatu. | Makna | 10.09.2009 |