Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang ejaan. Mana yang betul, sadung atau sandung? Saya lihat kedua-duanya mempunyai maksud sama.Jika konteks perbuatan merujuk kepada menyandung melanggar sesuatu (dengan kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pada sesuatu, 2. mendapat sesuatu rintangan (kesusahan dan lain-lain) dan sandungan, maka kedua-duanya membawa maksud yang sama. Ini bermakna, sadung dan sandung boleh digunakan.Makna19.12.2016
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.Menteri-menteri besar ATAU menteri besar-menteri besar 2.Perdana-Perdana Menteri ATAU Perdana Menteri-Perdana Menteri 3.Kaki-kaki botol ATAU kaki botol-kaki botol Mohon penjelasan untuk setiap pilihan jawapan yang tepat. Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk menggangguMenurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. Menteri-menteri Besar ii. Perdana-perdana Menteri iii. Simpulan bahasa kaki botol tidak sesuai untuk digandakan. Lazimnya untuk menunjukkan bilangan jamak boleh menggunakan kata bilangan. Contohnya sekumpulan, semua dan beberapa.Tatabahasa03.09.2019
Salam Sejahtera tuan. 1) Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika berlari untuk mengejar anak kucing itu. 2) Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3) Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4) Mereka tidak dapat menahan keselamatan negara daripada dicerobohi oleh musuh. Sekian, terima kasihAyat yang betul dan boleh digunakan adalah seperti yang berikut:

  1. Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika mengejar anak kucing itu.
  2. Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 
  3. Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 
  4. Mereka tidak dapat menjaga keselamatan negara daripada dicerobohi musuh.
Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul.
Tatabahasa24.07.2024
Salam Sejahtera tuan. 1) Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika berlari untuk mengejar anak kucing itu. 2) Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah. 3) Tidak manis anak gadis pulang lewat malam. 4) Mereka tidak dapat menahan keselamatan negara daripada dicerobohi oleh musuh. Sekian, terima kasih

Ayat yang betul dan boleh digunakan adalah seperti yang berikut:

1.   Kaki Nazar terperosok ke dalam lubang ketika mengejar anak kucing itu.
2.   Sedangkan abangnya yang berpendidikan tinggi itu tidak diterima menjadi ahli, inikan pula dia yang masih di bangku sekolah.
3.   Tidak manis anak gadis pulang lewat malam.
4.   Mereka tidak dapat menjaga keselamatan negara daripada dicerobohi musuh.

Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat memberikan jawapan yang betul.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575.

Tatabahasa19.07.2024
Berkenaan terjemahan nota kaki; 1. e.g. Abu Walid al-Baji al-Maliki (d. 474 A.H./1081 A.C.), apakah terjemahan untuk: i. 'd.' (meninggal) ii. 'A.H' (After Hijrah) iii. 'A.C' / 'A.D' (After Christ/Anno Domini) iv. 'p.' (page) v. 'B.C' (Before Christ) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah i. m. (mati) ii. TH (Tahun Hijrah) ii. TM (Tahun Masihi) iv. SM (Sebelum Masihi)Lain-lain29.12.2013
Sila terangkan maksud perkataan 'berdenyut-denyut' dalam ayat berikut? 1) Kaki Ali yang bengkak akibat penyakit kencing manis itu berdenyut-denyut.Maksud perkataan berdenyut ialah  mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berdenyutTatabahasa07.12.2015
Syarikat telah memohon Sijil Pengesahan Bahasa dan telah lulus dengan saiz papan tanda iaitu 16x4 kaki. 1)Sekiranya pihak syarikat bercadang untuk membuat beberapa papan tanda yang sama dengan saiz yang berbeza,adakah syarikat perlu membuat permohonan baru bagi setiap saiz papan tanda? 2) Adakah terdapat limit saiz papan tanda yang akan diguna pakai? Sekian terima kasih

Jika papan tanda yang baharu tidak terdapat sebarang perubahan teks, masih dalam kategori yang sama dan PBT yang sama, tidak perlu untuk memohon permohonan sah bahasa. Namun, perlu dirujuk dengan PBT yang berkaitan mengenai saiz dan had saiz.

Lain-lain14.07.2022
Salam 1Malaysia Bagaimana nak membezakan penggunaan digunapakai dengan diguna pakai. Bagaimana cara menulis nota kaki

1. Ejaan yang betul ialah diguna pakai.

2. Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga memberi garis panduan yang berikut:

a. Muka taip nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip.

b. Jarak di antara garis pemisah dengan garis dasar baris pertama nota kaki ialah satu em.

c. Saiz taip nota kaki dua poin lebih kecil daripada saiz taip teks.

d. Reka letak maklumat nota kaki hendaklah dipisahkan daripada teks oleh satu garis halus mendatar sepanjang 2.5 cm.

e. Jarak di antara garis dasar baris akhir teks dengan garis pemisah nota kaki hendaklah tidak kurang daripada satu em.

f. Nombor nota kaki dicetak santak kiri. Bahan nota kaki hendaklah sebaris dengan nombor dan dijarakkan satu em. Baris nota berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi ketiga untuk keterangan selanjutnya.

Ejaan19.09.2011
perluasan makna kata "kaki"

Dalam Kamus Dewan kaki ditakrifkan sebagai 1. anggota badan  2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah)  3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri  4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu  5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda  6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter  7. kiasan (orang yang) suka melakukan sesuatu.

Makna10.09.2009
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki."Tatabahasa09.10.2013
12345678910...

Kembali ke atas