Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penopang kamera dll, tripod; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Peribahasa

Kain panjang empat,
     ditarik ke atas ke bawah tak sampai.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/ Puan, Saya Ms Summer dari Syarikat Wen Ken Sdn Bhd (Kilang Pembuatan Air Penyejuk Cap Kaki Tiga). Kami ingin mengetahui perkataan yang sesuai untuk menunjukkan seseorang dalam keadaan 'intense thirst'. Kami ingin menggunakan 'intense thirst' dalam indikasi baru untuk Air Penyejuk Cap Kaki Tiga, di mana Inggerisnya adalah" "Traditionally used to relieve fever, intense thirst and body heatiness." Harap Tuan/ Puan dapat membantu dan memberi cadangan yang sesuai untuk keadaan dahaga yang disebabkan oleh panas badan. Sekian terima kasih.Untuk makluman puan, tidak terdapat istilah yang khusus untuk intense thirst. Walau bagaimanapun, dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah kedahagaan.Istilah19.09.2012
Saya ingin menyemak penggunaan sekaki bunga. Adakah benar penggunaan perkataan sekaki untuk bunga dan dalam konteks apakah bunga boleh dirujuk sebagai sekaki?
Menurut data kami, frasa kaki turut membawa maksud penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung serta merujuk kepada  ~ bunga iaitu bekas (tempat) meletakkan bunga. Penggunaan penjodoh bilangan kaki merujuk kepada tempat atau bekas bunga seperti bunga pahar atau bunga yang digubah. Contohya tiga kaki bunga pahar.
Lain-lain16.12.2019
Pengesahan tulisan jawi,bagi KTSPS TRADING SDN BHDك.ت.س.ف.س تراديغ سنديرين برحد  KTSPS (kaf-ada kaki di atas . ta . sin . pa-titik tiga di atas . sin) Trading (ta ra alif dal ya nga-titik tiga di atas)Ejaan01.02.2012
1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan.
2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.
3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama.
4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka.
5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu.
6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh.
7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini.
8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub".
10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan.
Tatabahasa07.05.2020
ayat yang mana betul 1- Dia menyandarkan badannya pada dinding @ Dia menyandarkan badan pada dinding. 2-Dia terpaku seketika @ Seketika dia terpaku 3-Rani meluruskan kakinya @ Rani meluruskan kaki. Terima kasih atas bantuan pihak tuanKetiga-tiga ayat tersebut betul.Tatabahasa04.05.2013
1. Mengapakah dalam buku Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa kata terbitan yang menerima imbuhan apitan terdiri daripada 3 morfem, contohnya 'berkakikan' dikatakan terdiri daripada morfem ber+kaki+kan sedangkan jika diteliti imbuhan apitan beR-...-kan wujud sebagai 1 morfem. Oleh yang demikian saya inginkan kepastian bahawa adakah semua imbuhan apitan dikira sebagai 1 morfem ataupun 2 morfem? Sekian terima kasih.Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. Semua imbuhan dikira satu morfem terikat kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri dan tiada makna. Berkakikan mempunyai tiga morfem iaitu dua morfem terikat (ber dan kan) dan satu morfem bebas (kaki).Tatabahasa11.01.2013
Selamat Pagi Tuan/Puan, cara memohon iklan berwarna untuk barang depan premis kaki lima atau tolong beri emel untul hantar gambar kedudukan untuk pengesahan. terima kasih

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Lain-lain31.05.2024
Selamat Pagi Tuan/Puan, cara memohon iklan berwarna untuk barang depan premis kaki lima. terima kasih

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Lain-lain31.05.2024
Su Yang Oct 5th, 10:14pm Salam. Sy nak beli buku2 atau cerpen lama karya azizi hj abdullah seperti seorang tua di kaki gunung, karya senjakala..authornya sy agak lupa..mungkin pramoedeya anantoer..bagaimana ya?Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain05.10.2015
Ada dua rujukan yang saya baca. Pertama mengatakan perkataan [persembahan] mempunyai 2 morfem, iaitu sembah (morfem ebbas) dan apitan per-...-an dikira sebagai satu kesatuan dan dikira sebagai satu. maknanya ada 2 morfem di situ. Namun satu lagi rujukan (tatabahasa dewan) mengatakan perkataan [berkakikan] terdapat 3 morfem. Awalan ber (1 morfem), kaki (1 morfem) dan akhiran -kan (1 morfem). Antara keduanya yang mana satu tepat?Kedua-dua pandangan dan contoh itu betul bergantung pada aspek yang dinilai. Contoh pertama, persembahan mempunyai dua morfem, iaitu: 1 - sembah dan 2 - per-...-an (menganggap apitan sebagai satu morfem). Contoh kedua, berkakikan mempunyai tiga morfem, iaitu: 1 - awalan ber, 2 - kaki, dan 3 - akhiran kan. Buku Tatabahasa Dewan memisahkan setiap morfem terikat sebagai satu morfem.Tatabahasa31.07.2015
12

Kembali ke atas