kadangkala, kadang kala, kadang-kala yang manakah betul? | kadangkala | Ejaan | 30.10.2014 |
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan. | Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 14.12.2017 |
kadang kala atau kadangkala | kadangkala | Ejaan | 14.09.2011 |
Adakah perkataan "kadang kala" boleh diletakkan di pangkal ayat? Kadang kala kita berasa sedih tanpa sebarang sebab | Ya, perkataan kadangkala (satu perkataan) boleh juga digunakan pada pangkal ayat. | Tatabahasa | 08.08.2019 |
Bagi perkataan yang berakhir dengan -isme, bilakah kita perlu menghurufbesarkannya? Contoh: Konfusianisme Dalam sistem prpm, kadang kala dimulakan dengan huruf besar, kadang kala ia dimulakan dengan huruf kecil, bergantung kepada kamus yang berlainan. | Ejaan yang betul ialah konfusianisme sama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 21.06.2012 |
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 15.08.2012 |
adakala atau ada kala? bagaimanakah kita boleh bezakan perkataan itu dijarakkan atau dekat? TQ | Ejaan yang betul ialah "adakala" dirapatkan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 4 dan 7 untuk maklumat yang lebih jelas. | Ejaan | 20.09.2015 |
kadangkala atau kadang kala | kadangkala | Ejaan | 07.06.2013 |
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ? | Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74). | Tatabahasa | 09.04.2010 |
ejaan apakala @ apa kala (Mana betul) | Ejaan yang betul ialah apakala. | Ejaan | 03.08.2009 |