Selamat pagi. 1. Pusingan kedua ini merupakan pusingan kalah mati. Betulkah penggunaan istilah di atas? Kalau tidak, apakah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi atau maksud ayat di atas. Bolehkah istilah 'kalah singkir' atau 'kalah keluar' diguna pakai. Sekian, terima kasih. | Istilah kalah mati boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
kalah jadi abu,menang jadi arah | Ungkapan yang betul ialah kalah jadi abu,menang jadi arang. | Lain-lain | 27.07.2010 |
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |
Selamat petang tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah yang tepat dalam ayat di bawah ini. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Soalan: a) Apakah istilah yang paling tepat untuk perkataan 'dilibas' bagi kata nama kipas siling? b) Apakah binaan ayat yang paling sesuai untuk situasi ayat 1 di atas? c) Mana satukah istilah yang betul untuk ayat 2 di atas. i) Perlawanan atau pertandingan ii) kalah mati atau kalah singkir atau kalah keluar. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. | 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. Ayat pertama betul. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Perlawanan dan pertandingan, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 16.07.2013 |
Pasukan bola sepak kita kalah teruk kepada pasukan China. ayat tersebut ialah ayat penyata atau ayat majmuk? | Ayat ini ialah ayat penyata. | Tatabahasa | 15.06.2011 |
sehingga beberapa lamanya tiada dapat kalah sebelah jemelah. ( munsyi, inilah petikan daripada Hikayat Seri Kelantan, apakah maksud jemelah mengikut sastera lama? TK) | Tidak ada makna perkataan jemelah dalam sumber rujukan kami. | Makna | 02.04.2012 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'bracket' yang digunakan untuk merujuk kepada pertandingan. Penggunaannya juga dibahagikan kepada 'upper bracket' dan 'lower bracket' ketika format kalah mati dua kali digunakan. Adakah perkataan rangka atau kurungan sesuai untuk digunakan seperti contoh dibawah ini : Rangka kejohanan. Rangka atas kejohanan. | Cadangan kami upper bracket dan lower bracket diterjemahkan kepada kumpulan menang dan kumpulan kalah. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.08.2017 |
Salam sejahtera tuan. Bagaimanakah hendak membetulkan ayat ini. Syabas, kamu telah kalah dalam pertandingan ini! Perkataan apakah yang sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan'syabas'? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang boleh menggantikan perkataan syabas ialah takziah. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
apakah makna perkataan 'kiasu' | Kiasu ialah dialek dalam bahasa Cina yang bermaksud takut kalah. | Makna | 24.10.2009 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk pusingan playoffs? Memandangkan tidak semua pusingan playoff mengunakan format kalah mati, apakah terjemahan yang lebih sesuai untuk maksud yang lebih umum. | Menurut istilah bahsa Melayu, playoff bermaksud main habis. | Makna | 12.06.2018 |