Soalan, 1.Apakah yang membezakan penggunaan 'pun' (dirapatkan dan dijarakkan) dalam bentuk tulisan? Contoh: begitupun,kalaupun,sungguhpun belum pun, mereka pun, telah pun | Perkataan "pun" yang bermaksud hendaklah dijarakkan seperti dia pun (dia juga) dan begitu pun (begitu juga). Pun yang berfungsi sebagai kata penegas hendaklah dirapatkan seperti walaupun dan sungguhpun. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan? | Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai. | Tatabahasa | 11.12.2006 |
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat?? | 1. Kek berperisa coklat. 2. kedua-duanya betul. 3. Satu lembaga. 4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun. 5. Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 07.05.2013 |
1. Penggunaan 'pun': contohnya, sayapun, walaupun sekalipun. Adakah ejaannya dekat atau jauh dan peraturan penggunaannya. 2. Penggunaan 'kan' seperti "sayakan ada", "kitakan dalam masjid". Adakah boleh digunakan dalam dialog untuk terbitan dan ejaannya sama ada dekat atau jauh. | Ejaan partikel 'pun' yang ditulis serangkai ialah adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. Terima kasih. | Tatabahasa | 27.05.2008 |
1. apakah golongan kata bagi perkataan "gus" dan "pun"? 2. bagaimanakah membezakan penggunaan 'gus' dan 'pun' yang dieja rapat dan yang dieja terpisah dengan kata dasar. | Pun merupakan partikel, manakala gus pula ialah kata kerja. Gus dapat dilihat dalam penggunaan sekaligus manakala pun dapat dilihat dalam ejaan yg dieje rapat seperti pada adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sungguhpun, ataupun, bagaimana[un, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. T.kasih. | Lain-lain | 02.09.2008 |
Saya merujuk soalan Tatabahasa yang ditanya pada 16.08.2011 berkenaan "pun" sebagai partikel. Oleh itu, jika saya ejakan "apapun" sebagai satu perkataan, adakah ia betul? Di sini pun tidak bermaksud juga. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah apa pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
ataupun (jarak atau dekat) telahpun (jarak atau dekat) analisa atau analisis? dari (tempat atau orang?) daripada (tempat atau orang?) | 1. Pertikel "pun" secara umumnya ditulis terpisah daripada kata sebelumnya kecuali untuk kata tugas berikut: adapun,andaipun,biarpun,kendatipun,mahupun,sekalipun,walaupun,ataupun,bagaimanapun, kalaupun,lagipun,meskipun dan sungguhpun. Jadi, "ataupun" dieja secara bercantum, manakala "telah pun" dieja secara terpisah. 2. Analisis, analisa ejaan lama. 3. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
Saya ingin bertanya penggunaan kata adverba jati 'pun'....mengapa ada yang dieja terpisah dan ada yang dieja rapat dgn perkataan yg sebelumnya. Harap tuan dpt memberi penjelasan dan contoh yang sesuai. Contohnya, telah pun, bagaimanapun | Untuk makluman puan, pun bukan kata adverba. Sekiranya pun berfungsi sebagai partikel, maka pun dieja serangkai dengan perkataan yang mengikuti, contohnya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun. Pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. | Tatabahasa | 15.11.2014 |
Sila tuan jelaskan penggunaan perkataan "pun". Ada yang dieja rapat dengan perkataan lain dan ada yang dieja jarak. Terima kasih | Dalam bahasa Melayu, kata penegas atau partikel 'pun' mempunyai dua fungsi, iaitu 1.yang bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu dieja terpisah. 2. pun dieja rapat apabila digandingkan dengan 13 perkataan sahaja, iaitu adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun. | Tatabahasa | 15.07.2011 |
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikut | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari. 2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP. | Ejaan | 18.05.2011 |