Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk barangkali: ~ dia sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kali (kata nama)
Bersinonim dengan darab.


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain15.08.2012
Yang mana satu betul? i) Keluar negara atau ke luar negara ii) Kali Kedua atau Kali Ke DuaFrasa yang tepat ialah ke luar negara dan kali kedua.Tatabahasa21.11.2013
ADAKAH BETUL PERKATAAN DIEJA SEPERTI BERIKUT:- I) KALI KE 15 II)KE-TIGAEjaan yang betul ialah "kali ketiga" dan "kali ke-3".Tatabahasa24.07.2013
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut:

I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.
III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai.
II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. 
 
Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan.

Tatabahasa15.07.2014
1.penggunaan "adalah" dan "ialah" 2. Bolehkah menggunaka nombor dalam penulisan karangan pelajar? Contoh gosok gigi 3 kali sehari.

Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contoh : Anak ialah anugerah Allah SWT; 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contoh : Kursus ini adalah untuk pegawai atasan.
Bagi menjawab soalan kedua saudara, terdapat beberapa  kaedah (mengikut  buku Gaya Dewan) untuk menulis nombor dalam penulisan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

   (i) Dieja sepenuhnya nombor yang kurang daripada 10.

               contoh: satu, dua, tiga, lapan, sembilan 

   (ii) Nombor 10 ke atas ditulis dengan angka.

              contoh: 10, 100, 1000, 499.

Oleh itu, contoh ayat saudara ditulis: Dia menggosok giginya sebanyak tiga kali sehari.

 

 

Tatabahasa20.02.2009
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang cara paling mudah untuk membezakan penggunaan perkataan memberi dengan perkataan memberikan. sering kali berlaku kekeliruan untuk membezakan penggunaan kata tersebut dalam penulisan ayat. berikan tips yang mudah untuk menerangkannya kepada murid.

Saudara,

Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitanmeN...kan dan men...i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan men...kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN...i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: i. Ali memberi kucing makanan. ii. Ali memberikan makanan kepada kucing.

Tatabahasa02.08.2010
Assalamualaikum Tuan, Saya ucap jazakumullahu khairan atas perkhidmatan yang baik ini. Seterusnya ada satu penambahbaikan yang penting berkaitan huraian perkataan-perkataan tertentu yang ada hubungkait yang khusus dengan junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ , contohnya perkataan UMMI sepertimana dalam lamanweb, "ummi II Ar tidak berpendidikan (orang yg buta huruf): Nabi Muhammad ialah seorang ~; " kalau guna ayat contoh tentang Nabi ﷺ maka hendaklah jaga Adab berkaitan Nabi, kerana pembaca akan merasa ada elemen merendahkan khususnya bila bagi contoh tentang nabi setelah menulis tidak berpendidikan, perlu jelaskan disitu bahawa Nabi dididikan oleh Allah ﷻ sendiri, dan bahawa sifat Ummi (buta huruf) pada orang lain adalah kekurangan tapi pada Nabi adalah kesempurnaan serta mukjizat kerana ilmu Nabi yang sempurna. Ini kali kedua saya kemukakan aduan tapi masih belum ada pembetulan lagi.Saya mengucapkan terima kasih atas aduan yang tuan kemukakan berkaitan dengan ayat contoh bagi perkataan ummi dalam Kamus Dewan Perdana (2020). Ayat contoh tersebut akan dikemaskinikan bagi mengelak kekeliruan dan salah faham. Hasil pengemaskinian tersebut hanya dicapai melalui Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua dan portal kamus yang sedang diusahakan oleh DBP. Makna01.09.2025
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikutEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP.Ejaan18.05.2011
Tuan yang bijaksana, Adakah perkataan "sekalipun" tergolong dalam kata sendi? Partikel "pun" pada "sekalipun" mesti dieja rapat. Bagaimana pula sekiranya ia menunjukkan bilangan. Contohnya: Sekalipun Abdul Rahman tidak merungut. (membawa maksud Abdul Rahman tidak pernah merungut) Dalam ayat di atas, adakah partikel pun perlu dirapatkan juga?Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk panduan.

Berdasarkan maksud ayat yang dinyatakan, ejaan sekali pun dieja terpisah.
Tatabahasa22.04.2013
12

Kembali ke atas