Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li.mat] | کليمت

Definisi : 1. ayat; anak ~ ayat kecil yg tidak dapat berdiri sendiri dan bergantung pd atau menjadi sebahagian drpd ayat yg lain (ayat majmuk); induk ~ ayat yg dapat berdiri sendiri sbg ayat lengkap dan menjadi bahagian yg terpenting atau ayat pangkal dlm ayat majmuk (bersusun); 2. perkataan; ~ (kata) lepas kali­mat (kata) yg berdiri sendiri (tidak berhu­bungan dgn yg lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li.mat] | کليمت

Definisi : 1 kata atau kumpulan kata yg berhubungan dan mempunyai maksud (makna) tertentu; ayat. 2 sesuatu yg diucapkan (dituturkan); perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalimat (kata nama)
1. Bersinonim dengan ayat

2. Bersinonim dengan perkataan: kata, ungkapan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul di antara kalimat-kalimat berikut? 1. Aku sayang sekali kucingku. 2. Aku sayang sekali pada kucingku. 3. Aku sayang sekali kepada kucingku. 4. Aku sayang sekali dengan kucingku. 5. Aku sayang sekali akan kucingku. Mohon sertakan alasannya. Terima kasih.Salam sejahtera,

Aku sayang sekali akan kucingku jawapan yang betul. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului dengan kata adjektif yang bersifat emotif. 
Tatabahasa10.01.2020
Makna ayat kompleks serta contohnyaMenurut Kamus Dewan, ayat ialah satu perkataan atau (lebih kerap lagi) atau serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat. Ayat juga ditakrifkan sebagai beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat ini, saudara boleh membuat rujukan pada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Bab 16. Terima kasih.Lain-lain04.03.2007
Assalamualaikum Tuan Says minta jasa Tuan untuk edit dan semak kaliamat di bawah ini: 1. Penghargaan & Terima kasih Kepada warga IPB Sempena majlis Konvokesyen ke 10 2. Penghargaan & Terima kasih Kepada warna IPB atas kejayaan majlis konvokesyen ke 10 Kami minta jasa bail Tuan until mengedit kalimat tersebut supaya menjadi kalimat yang betul Dan indah. Terima kasih Wasslam HasbiRakaman pernghargaan dan terima kasih kepada warga IPB bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-10. 

Tatabahasa19.08.2014
Tuan/Puan, saya lampirkan fail yang mengandungi kalimat asal dalam Bahasa Inggeris beserta terjemahannya. Saya mohon untuk Tuan/Puan menyemak terjemahan yang diberikan, dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan. Di atas jasa baik Tuan/Puan, saya ucapkan terima kasih.Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com.Makna29.07.2017
Tuan/Puan, saya lampirkan fail yang mengandungi kalimat asal dalam Bahasa Inggeris beserta terjemahannya. Saya mohon bantuan Tuan/Puan untuk menyemak terjemahan yang diberikan, dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan. Sebelumnya saya telahpun membuat permohonan yang sama, namun balasan yang saya terima merujuk kepada fail yang tidak dilampirkan. Di atas jasa baik Tuan/Puan, saya ucapkan terima kasih.Seperti Lampiran.Tatabahasa24.05.2017
Tuan/Puan, saya lampirkan fail yang mengandungi kalimat asal dalam Bahasa Inggeris beserta terjemahannya. Saya mohon untuk Tuan/Puan menyemak terjemahan yang diberikan, dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan. Di atas jasa baik Tuan/Puan, saya ucapkan terima kasih.Bahan disemak dilampirkan.Penyemakan dan penterjemahan15.05.2017
maksud Anafora.metafora dan simile

Merujuk Kamus Dewan, anafora bermaksud (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan beberapa kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. Manakala metafora ialah (Lin) pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan). Simile pula ialah perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, mis bodoh macam lembu.

Lain-lain19.06.2010
Tuan/Puan, saya ingin menyemak penggunaan tata bahasa untuk dokumen yang saya lampirkan dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan. Untuk makluman Tuan/Puan, dokumen ini adalah Abstrak untuk tesis saya. Saya juga lampirkan kalimat asal dalam Bahasa Inggeris beserta terjemahannya di dalam fail yang sama. Saya mohon untuk Tuan/Puan menyemak terjemahan yang diberikan, dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan. Di atas jasa baik Tuan/Puan, saya ucapkan terima kasih banyak.Lihat Lampiran.Tatabahasa15.04.2013
Salam, saya ingin tanya tentang format karangan dialog. Bolehkah jika kita meletakkan lebih dari satu nokhtah(.) untuk menunjukkan ayat itu disebut panjang? cth1:- Ali: saya rasa. . . betul kata cikgu itu. dan bagaimanapula dengan menggunakan "Mmmmm" untuk menunjukkan mereka sedang berfikir? cth2:- Abu: Mmmmmmm, saya mengulangkaji 1 jam sehari. terima kasih.Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak."  Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalam dialog.

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.
Tatabahasa25.07.2017
1) bilakah penggunaan (...) dalam dialog diperlukan? contoh ayat: 1) "Bapa... tolonglah...kasihanilah Tiah bapa". 2) hmm... kedua-dua ayat di atas betul atau tidak sekiranya digunakan dalam dialog. 2) adakah kata singkatan sesuai digunakan sama ada dalam dialog mahupun dalam teks novel. contohnya ni, tak, dah, nak. - adakah salah sekiranya penggunaan kata singkatan ini digunakan terlampau kerap? -terima kasih-Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak."  Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalm dialog.Tatabahasa14.01.2011
12

Kembali ke atas