apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'? | Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
salam, sy nk tanya kalau bg pahlawan perempuan, diberikan perkataan srikandi, kalu bagi pahlawan lelaki, adakah ada nama lain utk menggantikan pahlawan? | Pahlawan bersinonim dengan wira, pendekar, sateria, kesateria, perwira dan panglima. | Tatabahasa | 07.01.2013 |
boleh terangkan pada saya...apa yang dimaksudkan dengan "salahlaku" dan ' salahlaku berpakaina"? kalu boleh penerangannya sedikit.... | 1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan tahun 2005, muka surat 1372, salah laku bermaksud tingkah laku tidak senonoh atau kurang sopan; 2. Salah laku berpakaian bermaksud berpakaian tidak senonoh atau tidak mengikut etika berpakaian yang ditetapkan. | Makna | 07.09.2006 |
Farah Raina Jaafar Iklan papan tanda di KL "1BULAN AKSES TANPA HAD PERCUMA!" 13:34 Farah Raina Jaafar Farah Raina Assalammualaikum, kalu mcm ni, apa tindakan yg perlu di lakukan? Antara saya dah tidak tahu bahasa malaysia atau bahasa yg di gunakan tidak betul? | Puan boleh mengemukakan aduan ini dengan mengambil gambar dan menghantarnya kepada Encik Mulia Nasution melalui e-mel mulia@dbp.gov.my atau memberi maklumat terperinci melalui talian 03-21479114. Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |