Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamarul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kamarul Azmi Oct 8th, 2:20am selamat sejahtera, tujuan saya menulis kepada pihak tuan kerana sebuah papan iklan di lebuhraya kuala lumpur - seremban (berhampiran susur ke kelab lumba kuda selangor; sebelum stesyen minyak shell arah selatan). papan iklan agensi UPD oleh tetuan GT Radial berkaitan produk tayar itu ditulis didalam bahasa inggeris 'Experience the Performances'. ia diterjemah ke bahasa melayu sebagai 'Alami Performanya'. saya berpendapat terdapat kesalahan bahasa melayu yang sangat serius pada ayat tersebut kerana Performances tidak diterjemah kepada Performa didalam bahasa melayu. saya fikir, adalah perlu ia diperbetulkan kerana ia adalah laluan utama dan memberi gambaran yang kurang manis mengenai penguatkuasaan penggunaan bahasa. sekian, terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Berdasarkan semakan kami, permohonan GT Radial yang telah diluluskan pada 23 Julai 2012 ialah "Alamilah Prestasinya". Perkara ini perlu kami rujuk kepada pihak lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.Lain-lain08.10.2015
Salam sejahtera dan selamat malam. "Boleh saya tahu untuk apa Encik Kamarul ke sini?" Ayat ini adalah betul atau tidak? Mengapa? Sekian , terima kasih! :)Ayat yang lebih gramatis ialah "Apakah tujuan Encik Kamarul ke sini?"


Tatabahasa22.08.2013
SOALAN PERTAMA Kamarul Azmi Oct 8th, 2:20am selamat sejahtera, tujuan saya menulis kepada pihak tuan kerana sebuah papan iklan di lebuhraya kuala lumpur - seremban (berhampiran susur ke kelab lumba kuda selangor; sebelum stesyen minyak shell arah selatan). papan iklan agensi UPD oleh tetuan GT Radial berkaitan produk tayar itu ditulis didalam bahasa inggeris 'Experience the Performances'. ia diterjemah ke bahasa melayu sebagai 'Alami Performanya'. saya berpendapat terdapat kesalahan bahasa melayu yang sangat serius pada ayat tersebut kerana Performances tidak diterjemah kepada Performa didalam bahasa melayu. saya fikir, adalah perlu ia diperbetulkan kerana ia adalah laluan utama dan memberi gambaran yang kurang manis mengenai penguatkuasaan penggunaan bahasa. sekian, terima kasih. JAWAPAN DBP Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Berdasarkan semakan kami, permohonan GT Radial yang telah diluluskan pada 23 Julai 2012 ialah "Alamilah Prestasinya". Perkara ini perlu kami rujuk kepada pihak lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Terima kasih SOALAN BERBANGKIT YANG PERLU DIJAWAB Kamarul Azmi Nov 17th, 10:56pm salam sejahtera, gambar diatas saya ambil pada 16/11/2015. tiada perubahan sejak saya menulis aduan. sekian, terima kasihSelamat Sejahtera, Tuan, Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan tentang perkara tersebut. Kami akan panjangkan aduan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan meminta mereka ubah iklan tersebut. Sekian, terima kasih.Lain-lain17.11.2015

Kembali ke atas