Ayat ini betul? Kambing-kambing itu mengembek kerana kebasahan ditimpa hujan. | Ayat " Kambing-kambing itu mengembek kerana ditimpa hujan." merupakan ayat yang betul. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated . Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Feb 27th, 1:08pm Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lembar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep. Terima kasih Sanusi Rifaie Mar 1st, 3:23am 'Kambing korban' lebeh tepat dan universal. | Tidak ada maksud lain yang dikiaskan kepada kambing korban, kecuali ibadah pada hari raya korban. | Istilah | 01.03.2015 |
Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated . | Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lempar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2015 |
______daripada kambing itu diternak oleh Pak Ali. A. Sesetengah B. Sebahagian C. Separuh Sila berikan penjelasan. Sama ada ketiga-tiga jawapan di atas diterima sebagai jawapan? Terima kasih | Ayat yang betul ialah Sebahagian daripada kambing itu diternak oleh Pak Ali, iaitu menyatakan bilangan (separuh) daripada jumlah kambing yang ditunjukkan merupakan kambing yang diternak oleh Pak Ali. | Tatabahasa | 07.09.2014 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "daging kambing". Adakah "mutton" istilah yang sesuai? Mutton boleh membawa maksud "daging biri-biri (sheep=biri-biri/ lamb=biri-biri muda)", bukan hanya bermaksud "daging kambing" sahaja." Ada istilah bahasa Inggeris yang hanya mewakili maksud "daging kambing" sahaja? Mohon pencerahan dan terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "mutton" bermaksud daging kambing atau daging kambing biri-biri. | Makna | 05.04.2013 |
Selamat petang. Soalan saya berkenaan menukar ayat aktif kepada ayat pasif yang berikut : 1) Sekawan kambing sedang meragut rumput di padang. A.Pasif --> mana betul, (A) atau (B) ? (A) Rumput di padang sedang diragut oleh sekawan kambing. (B) Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. 2) Murid-murid kelas Tiga Bestari menyusun meja dan kerusi di bilik darjah. A.Pasif --> (A) atau (B) ? (A) Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. (B) Meja dan kerusi disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari di bilik darjah. Jawapan dan penjelasan pihak tuan dihargai. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: B. Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. A. Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
Salam sejahtera, Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) mendefinisikan 'black sheep' hanya sebagai noun, figurative, 'kambing hitam'. Istilah 'black sheep' dalam Kamus Istilah Malaysia mempunyai istilah sasar sebagai 'kambing hitam' dan huraian 'Seseorang yang tidak disenangi dan sering disalahkan apabila berlaku sesuatu perkara, di dalam satu kumpulan.'. Kamus Istilah Malaysia memberikan istilah sasar 'mangsa lempar salah'/'mangsa lempar-tuduh'/'kambing hitam'. Adakah ini bermaksud KIMD dan Kamus Istilah menganggap istilah BI 'black sheep' dan 'scapegoat' mempunyai maksud yang sama? Ini kerana kedua-dua istilah ini (yang mempunyai definisi berbeza dalam BI) diberikan erti 'kambing hitam' dalam KIMD dan Kamus Istilah. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan berkenaan padanan dan huraian istilah 'Black sheep' dan 'Scape goat'. Pihak kami akan menyemak semula perkara ini untuk dibetulkan. | Makna | 09.03.2010 |
pengunaan tanda koma A) ayam,itik, dan kambing. B) ayam,itik dan kambing. yang mana betul? | Cik Shuit, Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan ... Sehubungan itu, yang betul ialah (a) ayam, itik dan kambing. Nota: Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 02.06.2009 |
Salam sejahtera ! 1. Kulit kambing dapat dijadikan kompang 2. Kuit kambing boleh dijadikan kompang Yang mana betul. Terima kasih | Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Berdsarkan perkara yang di atas, kata bantu yang sesuai ialah dapat. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
masalah saya ialah dalam frasa berikut :daging lembu, keropok udang, susu kambing,adakah perkataan lembu, udang dan kambing dalam frasa tersebut digolongkan ke dalam kata nama hidup bukan manusia atau frasa tersebut digolongkan dalam kata nama tak hidup bukan manusia.Terima kasih! | Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang. Perkataan lembu, udang dan kambing ialah kata nama hidup bukan manusia. | Tatabahasa | 22.09.2016 |