| Assalamualaikum Tuan / Puan, saya ingin membuat pertanyaan mengenai "tagline" kempen pengiklanan kami sedang cadangkan ke pihak pelanggan kami Coway. Kami ingin membuat pertanyaan sama ada 3 pilihan "tagline" di bawah bahasanya betul dan boleh diguna untuk pengiklanan. • Option 1: Lembaran Baru Lebaran • Option 2: Biasakan Yang Betul • Option 3: Hari Raya Biar Betul Maklumbalas dari pihak Tuan/ Puan dalam masa terdekat amat dihargai. Terima Kasih | Berikut cadangan daripada pihak kami: - Lembaran Baru Lebaran.
- Biasakan yang Betu.l (perkataan “yang” dieja dengan huruf kecil)
- Hari Raya, Pasti Jadi.
| Lain-lain | 13.02.2023 |
| NO. PERMOHONAN IKLAN Pejabat kami di Petaling Jaya, Selangor dengan itu PBT kami ialah MBPJ. Tetapi kami telah tersalah pilih iaitu MBSA. Nasihat dan kerjasama dari pihak tuan sangatlah dihargai untuk membetulkan PBT kami. Terima kasih Regina Joseph 014-3229946 | Pihak Berkuasa Tempatan telah ditukarkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan iklan telah diluluskan. | Lain-lain | 20.07.2022 |
| assalamualaikum..saya mempunyai 13 orang adik beradik..kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua..jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai..? (contoh: along, angah,..) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 13 gelaran..tdalam keluarga kami kakak saya mempunyai kembar,cth bg zam bg rie ( kak miza,kak watie )kembar kak bibah kak cik kak yang bg awie kak zura saya adik un adik nadia adik wan..terima kasih | Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti yang berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Untuk gelaran adik-beradik yang seterusnya, pihak keluarga boleh menamakan sendiri dengan gelaran yang bersesuaian. | Lain-lain | 27.01.2024 |
| Kami telah memohon untuk mendapatkan kelulusan iklan papan tanda pada 24 hb April dan mendapati permohonan kami telah ditolah pada hari ini. Kami ingin bertanya sebab sebab permohonan kami ditolak oleh pihak Tuan dan apakah yang perlu kami buat untuk mendapatkan kelulusan DBP untuk iklan | Untuk mendapatkan penjelasan tentang visual iklan,sila rujuk nombor permohonan visual melalui laman web dbpsahbahasa.my (rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa) dan hubungi kami melalui talian 03-2147 9100/9200 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 03.05.2023 |
| “Oleh sebab jauhlah perjalanan yang kami lalui ini, kami berasa sangatlah tidak selesa apatah lagi hujan turun sepanjang perjalanan.” Adakah perkataan “jauhlah” di sini salah digunakan? | Ayat yang betul ialah “Oleh sebab perjalanan yang kami lalui ini jauh, kami berasa sangatlah tidak selesa apatah lagi hujan turun sepanjang perjalanan.” | Tatabahasa | 25.08.2024 |
| 1.Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu dibersihkan oleh kami atau kami bersihkan? 2 Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka bersahabat karib sejak dari kecil lagi atau sejak kecil lagi? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu kami bersihkan.
- Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka sahabat karib sejak kecil lagi.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 491 – 492. | Tatabahasa | 09.06.2024 |
| Salam sejahtera, tuan. Sekolah kami ingin melukis mural. Tetapi kami tidak pasti sama ada nak tulis " Kami Anak Malaysia" atau "Kita Anak Malaysia". Boleh minta pendapat daripada pihak tuan? Terima kasih. | “Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar. Kami mencadangkan "Kita Anak Malaysia". | Lain-lain | 14.09.2022 |
| Saya mewakili Pertubuhan Sokongan Kesihatan Mental Madani. Kami ingin melakukan pindaan nama pertubuhan. Di dalam bahasa inggeris adalah Malaysia Resilience Mental Association, bila diterjemahkan ke bahasa melayu ia jadi Persatuan Ketahanan Mental Malaysia. Persoalan kami, bolehkah kami menggunakan perkatan Resilen begini? Persatuan Resilien Mental Malaysia. | Kata resilen bukan padanan yang sesuai untuk Resilience. Kami mencadangkan padanan Persatuan Ketahanan Mental Malaysia bagi Malaysia Resilience Mental Association. | Lain-lain | 28.07.2024 |
| Syarikat kami ingin mendapatkan lesen iklan, oleh itu kami perlu mendapatkan kelulusan dari pihak DBP. Kami ingin tahu prosedur untuk mendapatkan kelulusan tersebut untuk mendapat kebenaran memasang iklan di premis kami. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun Pengguna terlebih dahulu dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. (Rujuk Panduan Pelanggan) Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. | Lain-lain | 13.10.2025 |
| Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke? | Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama. | Makna | 20.05.2023 |