Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kami (kata nama)
1. Bersinonim dengan kita: kami sekelian, kema, kita orang,

2. Bersinonim dengan saya: aku
Berantonim dengan kamu.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan nama cawangan baru kami, Perodua KL. Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima KasihCadangan nama yang sesuai untuk menyatakan maksud  penubuhan bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb) ialah "Perodua Cawangan Kuala Lumpur"Lain-lain09.10.2017
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan alamat seperti di bawah. Perodua KL Main, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih
Padanan yang sesuai ialah Perodua Cawangan Utama Kuala Lumpur, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.  
Lain-lain29.09.2017
Kami mendapat komen dari DBKL berkenaan permohonan kelulusan papan tanda. berikut nama syarikat yang dipaparkan pada dinding pintu masuk syarikat kami. 1. Glocon Builder Sdn Bhd, No syarikat & logo 2. SanHong Machinery Sdn Bhd, No syarikat & logo 3. GGU Venture Sdn Bhd, no syarikat & logo 4. Alamat syarikat : No.8-2 Jalan Kepong Usaha, Off Jalan kepong, 52100 Kuala Lumpur.

Sila rujuk maklumat yang dilampirkan bagi tujuan permohonan kelulusan papan tanda.



Lain-lain29.05.2025
Assalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai bagi: 1) Non-binding resolution 2) Honored Colleague Terima kasihWaalaikumsalam WBT. Cadangan terjemahan kami, (1) Non-binding resolution - Penyelesaian Tidak Terikat (2) Honored Collegue - Felo Kehormat.Penyemakan dan penterjemahan11.01.2016
Salam sejahtera, antara ayat berikut yang manakah penggunaan yang betul? Ia merupakan ayat yang terpapar di bunting untuk menyatakan penghargaan kepada pelanggan kami. 1. Terima kasih atas 2 tahun bersama 2. Terima kasih untuk 2 tahun bersamaTeks yang sesuai digunakan ialah “Terima kasih untuk 2 tahun bersama-sama kami”.Tatabahasa15.08.2024
E White Graphic Sep 21st, 12:02pm Saya adalah syarikat grafik di Ipoh. Mahu tanya tentang beberapa perkatan inggeris translate Bahasa Malaysia. accounting system pos system f & b system solfware authorised dealer amat berharap pihak dewan bahasa dan pustaka menjawab pertanyaan saya.Salam Sejahtera. Cadangan kami: 1. accounting system = sistem perakaunan 2. post system = sistem pos 3. f & b system = sistem f & b 4. software = perisian 5. authorises dealer = pengedar sah Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
Khairiah Razali Dec 16th, 3:07pm Salam Sejahtera.... saya dan rakan saya berminat untuk menyertai Bengkel Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja DBP-PSM 2014/2015 pd 20 Disember 2014 di Zon Tengah DBP Kuala Lumpur. Berikut nama penuh kami: 1) Khairiah binti Razali no hp 0197552125 .... 2) Aini bt Mohd Zainol Azlin no hp 0189585472.... mohon maklumbalas dari pihak tuan sbb email yg dihntar ke sayembaranovel@dbp.gov.my didapati failure setelah mncuba berkali2... terima kasih...Pertanyaan tuan telah kami salurkan ke pihak urus setia di Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Azihani Mad Mizan di talian 03-21479293/azihani@dbp.gov.my.Lain-lain16.12.2014
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bagaimana untuk membuat penomboran pada rajah dan foto (penulisan ilmiah) adakah mengikut unit, contoh: unit 1 - rajah pertama, Rajah 1.1, rajah kedua Rajah 1.2, foto pertama, Foto 1.1 , foto kedua Foto 1.2 unit 2 - rajah pertama, Rajah 2.1, rajah kedua Rajah .22, foto pertama, Foto 2.1 , foto kedua Foto 2.2 Adakah format yang dinyatakan, adalah betul? terima kasihJika setiap unit menggunakan rajah, kami mencadangkan penomboran rajah dibuat mengikut unit bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya, Unit 1 - Rajah 1, dan sub unit - Rajah 1.1, Rajah 1.2 dan Rajah 1.3 dan begitulah pada unit seterusnya.Ejaan29.07.2016
Kami Sedang menyediakan permohonan do Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kami perlukan membentangkan nama taman dan nama jalan menggunakan tulisan Jawi. Minta tolong untuk menjemahkan nama-nama berikut kepada tulisan Jawi untuk kami masukkan ke dalam permohonan kami: 1. Taman Rembia Damai 2. Jalan Rembia Damai 1 3. Jalan Rembia Damai 2 4. Jalan Rembia Damai 3 Sekian Terima Kasih.1. TAMAN REMBIA DAMAI - تامن رمبيا داماي
2. JALAN REMBIA DAMAI 1 - جالن رمبيا داماي  1
3. JALAN REMBIA DAMAI 2 - جالن رمبيا داماي  2
4. JALAN REMBIA DAMAI - جالن رمبيا داماي  
Ejaan10.07.2023
1. Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. 2. Kami berharap dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020. Manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan atau Kami berharap dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020.Tatabahasa06.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas