Ayat-ayat ini betul? Ayat 1: Pemandangan di kampungnya amat indah nian. Ayat 2: Pemandangan di kampungnya begitu indah sekali. Ayat 3: Pemandangan di kampungnya amat indah sekali. | Ketiga-tiga ayat itu betul. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul. | Tatabahasa | 14.12.2012 |
Asyraf rindu kepada / pada kampungnya. | Asyraf rindu pada kampungnya. | Tatabahasa | 02.12.2011 |
Rindu juga Asyraf kepada / pada kampungnya. | Rindu juga Asyraf pada kampungnya | Tatabahasa | 02.12.2011 |
A. Syila akan lari ke kampungnya apabila hari raya menjelang. B. Dia tidak tahu ke mana larinya wang yang disimpannya. Penggunaan perkataan " lari " dalam kedua-dua ayat di atas ,manakah yang betul ? | Peter penggunaan lari dalam kedua-dua ayat ini salah. Sepatutnya ia ditulis A. Syila akan balik ke kampungnya apabila hari raya menjelang. B. Dia tidak tahu ke mana hilangnya wang yang disimpannya | Tatabahasa | 24.02.2010 |
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut? | Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
Slm Sejahtera.. apakah maksud perkataan "cula" dalam ayat ini "En Abu mencula undi di kampungnya." | Maksud perkataan cula dalam ayat tersebut ialah “Hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap sesorang atau sesuatu pada sesuatu masa. (Kamus Dewan Perdana) | Lain-lain | 18.04.2022 |
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit. | Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Dalam setiap ayat di bawah ini , terdapat satu kesalahan bahasa.Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Segelintir murid-murid yang sedang merokok telah ditangkap oleh guru disiplin yang sedang berada di kawasan tandas. 2 Susu lembu yang dipelihara oleh Sarjit Singh telah dicuri oleh beberapa orang berdekatan dengan kampungnya. 3 Kementerian Pertahanan akan membeli senata yang canggih untuk memperteguhkan pertahanan negara. | Dalam setiap ayat yang dikemukakan terdapat lebih dari satu kesalahan bahasa. Untuk rujukan berkaitan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merangkumi pelbagai pedoman berkaitan penggunaan tatabahasa bahasa Melayu yang betul. | Tatabahasa | 16.10.2017 |