Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.siah] | کمسياه

Definisi : C, bp terima kasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamsiah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai Penerbitan Buku. Saya mempunyai dua Manuskrip Buku dalam bidang Sains Sosial yang berhasrat ingin menerbitkannya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagaimanakah saya berurusan mengenai Penerbitan Buku ini. Terima Kasih. Ibrahim Musing.

Assalamualaikum,

                           Saya mohon saudara kemukakan kedua-dua judul yang berkenaan kepada kami untuk dibuat penilaian awal bagi melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Bahan tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama dengan disket berserta bahan iringan lain sekiranya ada. Sertakan juga biodata saudara dan perakuan menyatakan bahan yang berkenaan adalah milik saudara dan bukan daripada hasil yang diciplak daripada tulisan orang lain. Serahkan bahan yang berkenaan kepada:

Ketua Editor, Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan, Tingkat 13, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

                           Bahan ini boleh juga dihantar melalui emel dengan menyertakan fail judul dan maklumat lain seperti di atas ke alamat emel kamsiah@dbp.gov.my">kamsiah@dbp.gov.my

   Terima kasih

  

Lain-lain31.05.2010
Saya ingin mengetahui tentang tugas, peranan dan tanggungjawab seorang editor di dalam sesebuah penerbitan

Saudara,

            Dalam sesebuah penerbit, tugas, peranan dan tanggungjawab seseorang editor itu bergantung pada kerja yang dilakukan oleh mereka. Maksudnya, editor itu sendiri terdiri daripada beberapa kategori, contohnya, Ketua Editor, Editor Kanan, Editor Perolehan, Editor Substantif, Editor Kopi/Naskhah dan Editor Pengeluaran. Peranan mereka bergantung pada kerja yang dilakukan seperti yang berikut:

             (i)   Ketua Editor akan mengetuai kumpulan editor dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perancangan penerbitan dan belanjawan tahunan secara keseluruhan.

             (ii)  Editor Kanan pula akan membantu Ketua Editor menjayakan kerja penerbitan dan mengawasi editor lain di bawaha pengawalannya.  

             (iii)  Editor Perolehan akan bertanggungjawab merancang penulisan judul baharu, mengenal pasti penulis, menguruskan perjanjian dengan penulis, menilai mutu manuskrip, mencadangkan cetak semula judul yang ada, meramal jualan, membuat anggaran kos perbelanjaan, membuat laporan cadangan projek dan menganggarkan jumlah cetakan dan harga jualan.

             (iv)  Editor Substantif ialah editor yang bertanggungjawab terhadap isi kandungan dan keseluruhan bentuk, susunan dan konsep buku. Tugasnya ialah menumpukan perhatian kepada perincian kandungan (memeriksa fakta) dan gaya persembahan daripada baris ke baris, perenggan ke perenggan dan halaman ke halaman.  

             (v)   Editor Kopi/Naskhah pula bertanggungjawab terhadap penyediaan manuskrip untuk ke bahagian pengeluaran. Tugas mereka ialah menyunting manuskrip daripada setiap ayat demi ayat, baris demi baris dan perenggan demi perenggan. Seterusnya memerikasa fakta dengan pakar bidang, membetulkan tatabahasa, ejaan, dan tanda baca, meneliti keselarasan dan gaya persembahan dan akhirnya membuat penandaan manuskrip untuk diatur huruf. 

              (vi)   Editor Pengeluaran akan memastikan kerja atur huruf, semakan pruf dan Naskhah Sedia Kamera(NSK) serta penetapan harga dilakukan sebelum judul dicetak.  

 

Diharap maklumat ini dapat membantu saudara. Hubungi saya di talian 03-21481532 atau e-mel kamsiah@dbp.gov.my">kamsiah@dbp.gov.my untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Teriama kasih. 

Lain-lain25.10.2010
Maaf kerana menggangu anda. Saya ingin bertanya tentang satu soalan. Apakah perbezaan antara perkataan "mendapat" dan "mendapatkan"? Selepas penambahan akhiran -kan kepada perkataan mendapat, apakah pula perbezaannya? Bagaimanakah penggunaan kata mendapat dan mendapatkan? Tolong berikan ayat contoh untuk saya menjelaskan perbezaan perkataan mendapat dan mendapatkan ini. Sekian, beribu-ribu terima kasih saya ucapkan kepada tokoh bahasa Melayu yang saya sanjung. Tambahan pula, antara perkataan menyanjung (sanjung) dengan menyanjungi (sanjungi), apakah perbezaan maksudnya?

Kata mendapat sebagai bentuk terbitan daripada kata dapat mempunyai erti yang berbeza dengan kata “dapat”.  Kata mendapat bererti “menerima atau beroleh”. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

1.   Saya sudah mendapat maklumat yang saya perlukan.

2.   Para pekerja mendapat upah daripada titik peluh mereka.

Kata mendapatkan mempunyai makna-makna yang lain. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

1.   Anak kecil itu segera mendapatkan ibunya apabila dipanggil.  (mendapatkan bererti “pergi kepada”)

2.   Kamsiah mendapatkan adiknya pakaian yang digemarinya.  (mendapatkan bererti “mendapat atau beroleh sesuatu untuk orang lain”)

3.   Untuk mendapatkan hasil yang lumayan, kita perlu berusaha. (mendapatkan bererti “berusaha memperoleh sesuatu”).

Sila rujuk buku Kamus Dewan untuk memahami makna setiap perkataan.

 

Makna27.04.2014

Kembali ke atas